Rupanya Umno yang tak mahu daftar Muafakat Nasional

RUPA-RUPANYA, pemimpin Umno sendiri yang tidak mahu mendaftarkan Muafakat Nasional sebagai sebuah gabungan pertubuhan yang sah.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Ketereh, yang baru sahaja dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional semalam.

Annuar Musa

Pendedahan itu sekaligus bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Naib Presiden Pas, Mohd Amar Abdullah semalam yang mendakwa tidak dapat mendaftarkan nama Muafakat Nasional dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana ia sudah didaftarkan oleh pihak lain.

Menurut Annuar Musa, masalah untuk mendaftarkan Muafakat Nasional, tidak ada kena mengena dengan alasan yang diberikan oleh Mohd Amar, sebaliknya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sendiri yang mengarahkan supaya ia tidak didaftarkan.

Menurut Annuar Musa lagi, keputusan telah diubah beberapa kali sejak kedua-dua pihak menandatangani piagam gabungan berkenaan pada bulan September tahun 2020.

Katanya pada peringkat awal, memang tiada rancangan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional, namun keputusan itu berubah untuk mendaftarkannya.

Tambahnya lagi, selepas berlaku peristiwa Pas menyertai Perikatan Nasional, PN sedangkan UMNO tidak menyertai PN, maka Muafakat Nasional tidak jadi untuk didaftarkan.

"Kemudian berubah lagi kerana PN daftar, maka MN patut daftar, saya diarah buat draf perlembagaan dan sebagainya," katanya.

Namun menurutnya, ketika perbincangan dilakukan dalam bulan November tentang pendaftaran berkenaan, beliau diarah oleh presiden Umno agar membawa usul dalam mesyuarat supaya MN tidak didaftarkan.

"Secara jujurnya, mesyuarat terakhir pas syorkan supaya didaftarkan, tapi Umno taknak," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Putrajaya hari ini.

1 Comments

  1. Hmm pening dgn politik skrg. Jemput join GA saya untuk menang wallet free original brand F.timber & Nichi :) http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan