Sejarah Kim il Sung pengasas Korea Utara sampai hari ini dipuja sebagai tuhan

NAMA sebenar Kim il-Sung ialah Kim Song-Ju. Dia dilahirkan pada 15 April 1912 di Mangyondae sebuah wilayah yang berdekatan dengan Pyongyang, Korea — Kini disebut Korea Utara.



Ketika zaman kanak-kanak Ibu dan bapa Kim telah melarikan diri ke Manchuria, sebuah wilayah yang terletak di utara China, kerana menyelamatkan diri dari penaklukan tentera Jepun ke atas negara asal mereka Korea.

Patung Kim il Sung

Kim Song-Ju telah menerima pendidikan awal di sebuah sekolah rendah di Manchuria, dan ketika masih bersekolah dia telah menyertai pertubuhan belia komunis.

Kim juga pernah ditahan dan dipenjarakan kerana terlibat dengan aktiviti politik bersama pertubuhan komunis itu dalam tahun 1929 hingga 1930.

Selepas dibebaskan dari penjara, Kim telah menyertai kumpulan pemberontak Korea yang kerap melakukan serangan terhadap penjajah Jepun menggunakan taktik gerila.

Ketika inilah Kim Jong-Su mula menggunakan nama Kim il-Sung sempena nama pejuang gerila Korea yang melawan penjajahan Jepun sebelum itu dan dianggap sebagai seorang lagenda.

Keberanian Kim mula disedari oleh pihak berkuasa tentera Soviet, justeru mereka telah menghantarnya ke Soviet Union untuk menjalani latihan politik dan ketenteraan sebelum Kim kemudiannya menyertai parti komunis tempatan.


Penubuhan Kerajaan Korea Utara

Semasa perang dunia kedua, Kim telah memimpin kontinjen tentera Korea sebagai ketua berpangkat major dalam pasukan tentera bersekutu Soviet.

Susulan kekalahan tentera Jepun dalam tahun 1945, Korea telah dipecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian utara yang ditakluk oleh Soviet dan bahagian selatan yang didukung oleh Amerika Syarikat.

Ketika itu Kim il-Sung kembali ke tanah air bersama rakan-rakannya yang telah menerima latihan ketenteraan daripada Soviet untuk menubuhkan satu pemerintahan komunis di bawah naungan Soviet.

Maka tertubuhlah sebuah kerajaan baru di Korea yang dinamakan sebagai Kerajaan Korea Utara. Kim il-Sung telah menjadi Perdana Menteri pertama mewakili parti yang baru dibentuk iaitu Parti Demokrasi Rakyat Republik Korea dalam tahun 1948.

Dalam tahun 1949 Kim menjadi pengerusi Parti Buruh Korea, sebuah parti yang menjadikan ideologi komunis sebagai landasan perjuangan dan pemerintahan.

Perang Korea

Dengan harapan untuk kembali menyatukan negara Korea menggunakan cara paksa, Kim il-Sung telah melancarkan serangan ketenteraan ke atas Korea Selatan pada tahun 1950 seterusnya mencetuskan perang Korea.

Pada peringkat awal, Korea Selatan tewas dalam peperangan itu, disebabkan tentera mereka tidak mempunyai senjata dan kelengkapan yang cukup. Tentera Korea Utara berjaya menceroboh dan menakluk Seoul selama tiga hari.

Cubaan Kim untuk memperluaskan kuasa itu telah ditentang oleh tentera Amerika dan tentera Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB.

Ketika itu Kim il-Sung telah menerima bantuan ketenteraan yang besar dari kerajaan China. Namun Perang Korea tamat dalam keadaan buntu pada tahun 1953.


Sebagai ketua kerajaan, Kim telah menyingkirkan saki baki pembangkang yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya. Kim juga telah menghapuskan semua pesaingnya dalam Parti Buruh Korea.

Akhirnya Kim menjadi satu-satunya pemimpin mutlak kerajaan Korea Utara. Dia telah mengubah kehidupan masyarakat kepada corak kehidupan sederhana, dan bersifat ketenteraan.

Rakyat Korea Utara dipaksa mengabdi kepada dua objektif berkembar iaitu ke arah negara industri dan penyatuan semenanjung Korea di bawah pemerintahan Korea Utara.

Kim turut memperkenalkan falsafah 'junche' yang bermaksud "berdikari" di mana pentadbiran Korea Utara menggunakan pendekatan membangun ekonominya hanya dengan sedikit atau tanpa bantuan langsung daripada negara-negara asing.

Kim menggelarkan dirinya sebagai tuhan, dan telah mencipta undang-undang menghukum manusia selama tiga keturunan di mana jika seorang individu melakukan kesalahan, seluruh keluarganya akan dihantar ke sebuah kem untuk menjalani hukuman selama tiga generasi.

Pentafbiran Kim il-Sung juga mengharamkan rakyat negaranya untuk menonton filem-filem dari Hollywood, melancong atau mengkritik pemerintahannya.

Satu sistem kelas turut diperkenalkan yang disebut sebagai 'songbun' di mana kerajaan akan menentukan kerjaya dan kediaman seseorang berdasarkan latar belakang keluarga, bukan berdasarkan kebolehan atau kepakaran.

Kerajaan Kim il-Sung turut menentukan gaya hidup rakyatnya, termasuk menentukan gaya rambut dan fesyen untuk berpakaian. Rakyat perlu patuh dengan perintah kerajaan, apa yang mereka boleh pakai dan apa yang tidak.


Mana-mana individu yang melanggar peraturan dikira melakukan jenayah. Contohnya memakai jeans atau baju tidak berlengan merupakan perbuatan jenayah. Malah mengenakan gaya rambut mohawk juga dikira sebagai jenayah berat.

Banyak lagi peraturan gila yang diperkenalkan oleh Kim il-Sung sepanjang pemerintahannya di Korea Utara. Banyak pelanggaran hak asasi manusia yang telah dilakukan.

Kim il-Sung dilapor telah memenjarakan antara 300,000 hingga 500,000 orang atas alasan-alasan yang tidak masuk akal. Mereka dipenjarakan tanpa melalui perbicaraan.

Ramai ahli politik berpengaruh yang dirasakan menjadi ancaman kepada pemerintahannya telah ditangkap dan dihantar ke kem-kem tahanan bersama keluarga mereka.

Kim il-Sung juga tidak membenarkan rakyat Korea  Utara untuk bergiat aktif dalam politik. Banyak kem-kem tahanan yang dibina seluruh negara untuk menahan para pengkritiknya dan seluruh keluarga mereka.

Kim il-Sung telah mati pada 8 Julai 1994, namun sehingga ke hari ini penduduk Korea Utara masih lagi memujanya sebagai tuhan, dan dia masih dianggap sebagai pemimpin terhebat sepanjang zaman.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan