Suami positif tapi KKM benarkan pulang, habis satu keluarga kena Covid-19

SEORANG lelaki didakwa diberi kebenaran untuk pulang ke rumah meskipun telah disahkan positif Covid-19, akibatnya anak dan isterinya turut dijangkiti virus pembawa maut itu.



Perkara itu didedahkan oleh salah seorang kakitangan Astro Awani menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Tweet Isu Covid-19

"Ada yang tak kena dengan SOP kementerian ini,"

"Seorang pesakit telah dihantar pulang secara salah, apabila keputusan jelas positif. Dia kemudian tanpa sedar telah menjangkiti isteri dan anaknya,"

"Disebabkan ini melibatkan keluarga saya sendiri, saya rasa sedikit marah, tapi saya perlu berlaku adil. Perlukan jawapan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)," tulis Firdaus Azil.

Dalam ciapan seterusnya Firdaus menjelaskan dia menggunakan perkataan "wrongfully sent back (dihantar pulang secara silap)" dalam ciapan sebelumnya kerana perkara itu katanya satu kesilapan yang jelas.

Ciapan Firdaus itu dipercayai isu yang sama dinyatakan oleh seorang wanita menerusi laman sosial Facebook yang mendakwa keluarganya teraniaya kerana tindakan KKM.


Dalam kiriman itu Azra Ghaz mendakwa suaminya telah dijangkiti ketika berada di wad hospital. 

"Suami saya tak mampu bergerak dari katil pun. Adakah kakitangan KKM tidak mengamalkan SOP yang betul ketika merawat suami saya," soalnya.

Azra mendakwa berlaku kecuaian pihak KKM ketika memaklumkan keputusan RTK-Antigen di mana suaminya dimaklumkan bahawa hasil keputusan adalah negatif, sedangkan suaminya positif Covid-19.

"KKM juga telah mengarahkan suami saya yang positif untuk balik ke rumah. Sudahnya kami di rumah pula yang terdedah kepada wabak Covid-19," dakwanya.

Menurut Azra mereka telah menjalankan ujian RTK-Antibody dan keputusan mendapati dia dan anak perempuannya pula disahkan positif.

"Kerana kesilapan KKM, mereka telah membahayakan nyawa kami sekeluarga," tulisnya.

Portal Berita Harian yang memetik sumber berita atas talian melaporkan, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Ghazali itu telah dijangkiti ketika mendapatkan rawatan akibat jangkitan nanah pada bahagian pinggul di sebuah hospital pada 7 Disember tahun lalu.

Selepas dua hari dimasukkan ke hospital terbabit, dia telah diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 selepas terdapat kes positif Covid-19 dalam wad yang menempatkannya.

Seterusnya dia telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan RTK-Antigen pada 10 Disember namun keputusan ujian disahkan negatif sebelum dibenarkan pulang untuk menjalani kuarantin di rumah.

Namun pada 23 Disember lalu, dia menerima panggilan mengatakan berlaku kesilapan pada nama dan sebenarnya dia telah disahkan positif sebelum dibawa ke Hospital Sungai buloh pada keesokkan harinya.

Sumber Facebook | bharian.com

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan