Sudah sampai masa naikkan saman individu langgar SOP kata Ketua Polis Negara

PIHAK Polis percaya sudah sampai masa untuk menaikkan kadar kompaun RM1,000 yang dikenakan terhadap individu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP), perintah kawalan pergerakan (PKP) susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 seluruh negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, setiap minggu pihak polis mengeluarkan ribuan saman kepada individu kerana melanggar SOP, dengan majoritinya tidak mematuhi penjarakan sosial.

KPN

Lebih memburukkan lagi keadaan, katanya terdapat segelintir merentas sempadan daerah dan negeri tanpa alasan kukuh.

"Jika kompaun RM1,000 dianggap kecil, maka mereka yang masih degil akan menerima akibat apabila tindakan menaikkan jumlah denda digazetkan. Masanya telah tiba untuk kompaun dinaikkan," katanya dipetik oleh Bernama hari ini.

Beliau telah memberikan arahan kepada anggota untuk mengeluarkan saman kepada para pesalah dan tidak memberikan mereka sebarang kelonggaran atau amaran.

Kata Abdul Hamid, sejak polis menguatkuasakan PKP terkini, sejumlah 474 anggota disahkan positif Covid-19 manakala 1,628 lagi sedang menjalani pengasingan kendiri (kuarantin).

Kes Covid-19 menyaksikan peningkatan mendadak seluruh negara sejak kebelakangan ini, di mana jumlah jangkitan harian menghampiri angka 6,000 selepas 5,725 kes dilaporkan semalam dan 5,728 hari ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan