Warga emas hidap stroke ditinggal anak tepi jalan lepas diberi ubat tidur

SEORANG warga emas dipercayai menghidap penyakit strok, namun tergamak ditinggalkan tertidur di tepi jalan oleh anaknya sendiri selepas diberi makan ubat tidur.

Mujur warga emas yang tidak sedarkan diri itu ditemui oleh anggota polis yang meronda di kawasan berkenaan, sebelum mereka menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.

Warga Emas ditinggal tepi jalan

Selepas petugas perubatan tiba, lelaki itu disahkan tidak sedarkan diri akibat mengambil pil tidur.

Siasatan pihak polis di tempat kejadian mendapati warga emas itu menghidap strok. Difahamkan lelaki itu telah ditipu oleh anaknya untuk memakan pil tidur berkenaan yang mengatakan kononnya ia sejenis ubat untuk mengurangkan tekanan darah.

Akibatnya dia tertidur tidak sedarkan diri di tepi jalan selepas mengambil ubat berkenaan. 

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati bahawa lelaki itu memang sengaja ditinggalkan oleh anaknya yang tidak bertanggung jawab.

Kejadian difahamkan berlaku di Kota Kemuning, Selangor.

Gambar kejadian itu telah tersebar di media sosial sejak semalam sekaligus menimbulkan kemarahan netizen yang rata-rata mengecam tindakan anak yang tidak berhati perut itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan