Zikir selepas solat subuh yang ringkas tapi besar pahalanya

ADA satu kisah tentang doa, atau zikir selepas solat subuh yang terbaik untuk diamalkan setiap hari. zikir ini jika diamalkan, ganjaran atau pahalanya jauh lebih besar berbanding ahli ibadat yang duduk beramal dan berzikir dari selepas subuh sampai ke tengah hari.

Zikir yang ringkas ini telah diajarkan oleh junjungan kita Rasulullah SAW kepada salah seorang isteri Baginda bernama Juwariah binti Harith, anak kepada ketua Kabilah Bani Mustalaq, Al-Harith ibn Abu Dirar.

Solat Subuh

Juwairiyah setiap hari selepas solat subuh, di rumah, ataupun selepas pulang ke rumahnya setelah bersolat bersama Rasulullah SAW, gemar duduk di atas tikar sejadah berzikir sampailah ke waktu tengah hari.

Pada suatu hari Rasulullah SAW pulang pada waktu tengah hari. Melihat kelakuan isterinya itu Baginda bertanya: "Wahai Juwairiyah, engkau masih tetap di situ seperti aku tinggalkan engkau pagi tadi?"

Juwairiyah pun menjawab, "Ya,"

Lalu Nabi Muhammad pun bersabda: "Ketika meninggalkan engkau tadi aku telah melafazkan empat patah kalimah sahaja, sebanyak tiga kali, seandainya kalimah-kalimah itu ditimbang dengan kalimah-kalimah yang engkau ucapkan sejak pagi tadi, nescaya kalimah yang Aku ucapkan jauh lebih berat pahalanya,"

Kalimah yang dimaksudkan itu ialah:

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسَيهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَكَلِمَاتِهِ

"Subhanallah Hiwabihamdihi, A'dada Kholqihi, Wa Ridhonafsihi, Wa Zinata A'rshihi Wa Midaada Kalimatih"

Maksud: "Maha suci Allah dan segala puji kepada-Nya, sebanyak bilangan mahkluk ciptaan-Nya, dan sebesar redha dari-Nya, dan seberat timbangan 'Arasy-Nya, dan sebanyak dakwat yang boleh menulis kalimah-Nya,"

Mohon kongsi dan sebarkan, semoga zikir yang "powerful" ini jadi amalan kita setiap kali lepas solat subuh dan memberi manfaat kepada kita semua.

1 Comments

  1. Moga bermanfaat. :) Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post

iklan