Denda RM10,000 individu langgar PKP mulai 11 Mac 2021

MANA-MANA individu yang melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berdepan dengan hukuman denda sehingga RM10,000.
$ads={2}
Perkara itu dinyatakan dalam pindaan baru Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 disiarkan dalam laman sesawang Warta Persekutuan hari ini.

pkp

Penalti umum ordinan berkenaan dalam peruntukan Seksyen 24 turut dipinda dengan menetapkan mana-mana individu melakukan kesalahan di bawah akta itu "yang tiada penalti diperuntukan dengan nyata" boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tujuh tahun.

Ia juga turut menetapkan bahawa mana-mana orang diberi kuasa boleh mengarahkan pesakit Covid-19 atau kontak rapat untuk memakai alat pengesan seperti gelang atau peranti lain.

Mana-mana individu merosakkan peranti itu dikira melakukan satu kesalahan jenayah. 

Peraturan itu akan mula berkuatkuasa pada 11 Mac 2021.

Ordinan itu juga menetapkan mana-mana syarikat yang melanggar peraturan PKP boleh didenda sehingga satu jumlah maksimum RM50,000.

Bagi mana-mana syarikat yang melanggar PKP, maka wakil syarikat itu akan didakwa di mahkamah.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan