Huawei teroka bidang ternakan babi kerana jualan smartphone merosot

GERGASI pengeluar telefon pintar China, Huawei dilaporkan meneroka bidang ternakan babi bagi menampung kerugian akibat kemerosotan jualan produk keluarannya.
$ads={2}
Syarikat itu akan menawarkan teknologi kepintaran buatan, AI (artificial intelligent) kepada para penternak babi bagi mencari sumber lain sebagai hasil keuntungan syarikat.

Ternak babi

Portal BBC melaporkan, Huawei juga akan menawarkan teknologinya dalam bidang perlombongan arang batu.

Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebelum ini mendakwa Huawei berkongsi data pengguna telefon bimbit keluarannya kepada kerajaan komunis China, namun tuduhan itu berulang kali dinafikan oleh syarikat berkenaan.

Akibat sekatan kerajaan Amerika, pengeluar peranti telekomunikasi terbesar dunia itu kini hanya terhad menghasilkan model-model 4G kerana tidak mendapat kelulusan kerajaan AS bagi memasarkan komponen untuk model-model 5G.

Jualan smartphone Huawei menjunam sehingga 42 peratus pada suku terakhir tahun 2020 kerana terpaksa bergelut dengan bekalan terhad mikrocip akibat sekatan tersebut.

Huawei jika dihalang untuk membangunkan teknologi 5G di beberapa buah negara lain termasuk UK, susulan kebimbangan terhadap keselamatan negara.

Media antarabangsa melaporkan syarikat itu akan mengurangkan produksi telefon pintar sehingga 60 peratus tahun ini, namun sehingga kini ia belum dapat mengesahkan angka peratusan sebenar.

"Isunya bukan kerana terdapat sebarang masalah dengan kualiti atau pengalaman produk-produk Huawei. Ia bukan tahap bidang kami kerana Huawei terperangkap di antara ketegangan geopolitik," kata seorang jurucakap syarikat itu kepada BBC.

Oleh kerana itu, Huawei nampaknya sedang mencari sumber-sumber lain untuk menjana pendapatan — bergerak dari perkhidmatan awan simpanan komputer, kenderaan pintar, peranti-peranti pemakaian peribadi, malah merancang untuk menghasilkan kereta pintar.

Selain itu syarikat berkenaan juga sedang mengintai peluang kepada beberapa industri yang lebih tradisional.

Industri ternakan babi

China merupakan negara industri perladangan dan ternakan babi terbesar dunia dan menempatkan separuh daripada jumlah keseluruhan populasi babi di muka bumi.

Teknologi dapat membantu memodenkan ladang-ladang babi di mana kepintaran buatan digunakan untuk mengesan penyakit dan menjejaki keberadaan babi-babi berkenaan.

Teknologi pengecaman wajah boleh mengenal pasti setiap ekor babi, selain dapat memantau beratnya, pemakanan dan kegiatan senaman.

Huawei telah membangunkan teknologi pengecaman wajah dan berdepan kritikan bulan lalu akibat sebuah sistem yang mengenal pasti individu-individu dilihat berbangsa Uighur di antara gambar-gambar pejalan kaki.

Gergasi teknologi China yang lain termasuk JD.com dan Alibaba juga sudah bekerjasama dengan penternak-penternak babi di China untuk penghasilan teknologi baru.

"Ladang babi merupakan satu lagi contoh bagaimana kami boleh memberi nafas baru kepada sebahagian industri tradisional dengan teknologi ICT (teknologi komunikasi dan informasi) bagi memberi lebih nilai kepada industri itu dalam era 5G," kata jurucakap Huawei itu lagi.

Sumber | bbc.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan