Ikan Koi Jepun paling tua di dunia berusia 226 tahun

SEEKOR ikan koi Jepun bernama Hanako dipercayai merupakan ikan koi paling panjang hayatnya di dunia pernah dicatatkan, mencapai usia 226 tahun sebelum mati pada tahun 1977.

Ikan betina berwarna merah tua itu dilahirkan dalam tahun 1751 ketika pertengahan era Tokugawa di Jepun.

Purata umur ikan koi Jepun hanyalah sekitar umur 40 tahun, namun Hanako mampu hidup hingga ke tahun 1970-an, membuatkan ia menjadi satu kejadian luar biasa.

Hanako
FOTO | Hanako Ikan Koi Jepun paling tua di dunia berusia 226 tahun

Kisah itu pernah dikongsikan oleh pemiliknya Dr Komei Koshihara dalam tahun 1966 menerusi satu temubual di siaran radio Nippon Hoso Kyokai, di Jepun.

Cara menentukan umur Ikan Koi

Menurut Dr Komei Koshihara, dia mengetahui umur Hanako selepas mendapat pengesahan daripada profesor Masayoshi Hiro, yang bertugas di Makmal Sains Haiwan, Kolej Wanita Nagoya.

Dua daripada sirip ikan berkenaan telah diambil dan dianalisis selama dua bulan, bagi membolehkan Hiro menilai pembesaran gegelang tahunan sirip itu untuk menentukan umurnya.

Sirip Hanako
FOTO | Sirip yang dicabut dari badan Hanako

Berdasarkan transkrip berbahasa Inggeris dalam siaran radio itu, seperti disiarkan oleh hanakokoi.com, Koshihara berkata, "Keadaan Hanako ini masih sempurna dan ia berenang dengan megah pada jarak dekat dalam jurang sunyi menuruni gunung Ontake,"

"Beratnya 7.5 kilogram dan panjangnya 70 sentimeter,"

"Saya dan dia sangat rapat, bila saya panggil 'Hanako! Hanako!' dari tebing kolam berkenaan, tanpa ragu dia tanpa ragu akan datang berenang-renang di kaki saya."

"Bila saya menepuk-nepuk kepalanya secara lembut dia kelihatan gembira. Kadang kala saya sampai keluarkan dia dari air untuk memeluknya,"

"Pernah satu ketika seseorang melihat saya bertanya samada saya melakukan silap mata dengan ikan itu. Walaupun ia seekor ikan, nampaknya dia dapat rasa disayangi, dan ada komunikasi perasaan antara kami,"

"Ketika ini perkara paling mengembirakan saya ialah pulang ke kampung dua atau tiga kali sebulan untuk bersama dengan 'Hanako',"

Menurut Koshihara, dia sering ditanya bagaimana dia boleh mengetahui umur ikan tersebut. Menjelaskan perkara itu, katanya "dengan bantuan seorang pakar," dan "sebuah mikroskop".

"Seperti batang pokok mempunyai pembesaran gegelang tahunan, begitu juga dengan seekor ikan, ia turut mempunyai gegelang pada sirip-siripnya, dan kita hanya perlu mengira untuk mengetahui umur seekor ikan," katanya.

Koshihara turut mendedahkan dari mana ikan itu diperolehi.

"Nenek di sebelah ibu saya, telah diberitahu oleh ibu mertuanya," kata Koshihara, "Ketika saya berkahwin dengan keluarga ini, ibu mertua memberitahu saya, bahawa ikan karp itu telah diwariskan kepada kita sejak lama dahulu, kamu mesti jaganya dengan baik," kata Koshihara.

"Selepas saya diberitahu tentang cerita ini, Saya teringin nak tahu sudah berapa lama ikan karp itu hidup. Saya mengetahui umur Hanako menerusi kaedah yang diberitahu sebelum ini, tapi anda tentu dapat bayangkan betapa sedihnya Saya ketika terpaksa menanggalkan sebahagian sirip daripada badannya yang cantik,"

"Saya menangkapnya menggunakan jaring dengan berhati-hati dan berulang kali saya minta maaf,"

"Saya telah mengambil dua siripnya dari dua bahagian berbeza menggunakan penyepit kecil. Sirip itu telah diperiksa oleh Prof. Masayoshi Hiro,"

"Ia mengambil masa selama dua bulan untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan. Menggunakan mikroskop cahaya, dia telah mengambil gambar setiap bahagian sirip-sirip itu," katanya.

Sumber | hanakokoi.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan