Isteri ahli politik berdepan hukuman mati edar ganja

ISTERI kepada seorang pemimpin Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada PPBM), berdepan hukuman mati selepas didakwa di mahkamah majistret dengan dua tuduhan pengedar ganja di rumahnya bulan lalu.

Dalam pertuduhan pertama, Lyiana Roslee berusia 34 tahun dituduh mengedar sejumlah 1,580.4 gram ganja bersama seorang lagi individu yang bakal dituduh.

Wanita itu juga turut dituduh mengedar 7,870 ml cecair ganja dengan orang yang sama.

Jika sabit kesalahan, Lyiana boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara maksimum sehingga 30 tahun. Lyiana diwakili oleh peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Lyiana dan individu sama juga berdepan tuduhan ketiga menanam sembilan pohon ganja di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun.

pokok ganja

Semua ketiga-tiga kesalahan didakwa dilakukan di rumahnya di Jalan Duta Suria pada jam 7.30 pm 20 januari 2021.

Timbalan pendakwa raya Noor Syazwani Mohamad Sobry mewakili pihak pendakwaan. 

Hakim Majistret Farah Nasihah Annuar menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Februari bagi membenarkan pihak pendakwaan mendapatkan arahan dari Peguam Negara untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

SumberFMT

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan