James Harrison selamatkan jutaan bayi dengan darahnya sejak 1967

SEORANG lelaki yang sudah mencapai umur warga emas ini, tinggal di Australia bernama James Harrison. Sekali imbas dia sama sahaja kelihatannya seperti warga emas lain.

Tapi tentu ada sebabnya mengapa James Harrison mendapat gelaran "Man with the golden hand," (lelaki bertangan emas). Rupa-rupanya dia telah menyelamatkan jutaan bayi di Australia malah di seluruh dunia.

James Harrison
FOTO | James Harrison ketika sedang menderma darah

Di Australia sahaja, sekitar 2.4 juta orang bayi telah diselamatkan dengan 'tangan emasnya'.

Mari kita telusuri latar belakang lelaki ini. 

Menurut Perkhidmatan Palang Merah Australia, suatu masa dahulu ketika berumur 14 tahun, James Harrison telah menjalani satu pembedahan kritikal di bahagian dadanya.

James Harrison ditempatkan selama tiga bulan di hospital, dan ketika itu nyawanya terselamat selepas menerima darah daripada penderma.

Sejak peristiwa itu, James Harrison berjanji dan bertekad untuk memulangkan kembali darah itu.

"Saya di hospital selama 3 bulan dan menerima 100 jahitan," kata Harrison mengimbas semula peristiwa itu.

Ketika itu Harrisons menerima 13 unit iaitu hampir 7.5 liter darah daripada penderma yang tidak dikenali.

"Saya sentiasa ternanti-nanti masanya tiba untuk menderma darah, sebaik sahaja selesai menjalani pembedahan itu, kerana saya tak tahu darah daripada berapa ramai orang telah diambil untuk selamatkan nyawa saya seorang," kata James Harrison "Saya tak pernah bertemu mereka, tak kenal siapa mereka,"

Undang-undang Australia menetapkan hanya individu berusia 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk menderma darah.

Sebaik sahaja mencapai umur 18 tahun, James Harrison telah mula menderma darah, dan meneruskan amalan itu setiap 3 minggu selama 60 tahun iaitu sejak tahun 1954.

Mengapa darah Harrison sangat berharga?

Beberapa tahun kemudian, doktor mendapati bahawa plasma darahnya mengandungi sejenis antibodi yang boleh digunakan untuk menghasilkan suntikan Anti-D. Sejak mengetahui perkara itu, James Harrison mula beralih kepada mendermakan plasma darahnya untuk membantu seramai mungkin orang.

Para doktor juga tidak pasti mengapa Harrison mempunyai darah jenis luar biasa itu, namun mereka berpendapat ia mungkin hasil daripada pemindahan darah diterimanya ketika berumur 14 tahun dahulu.

Harrisons merupakan antara tidak sampai 50 individu di Australia dikenalpasti mempunyai antibodi seperti itu dalam plasma darah mereka.

Setiap beg darah didermakan adalah sangat berharga, namun darah Harrison adalah luar biasa. Darahnya digunakan oleh para doktor untuk menghasilkan penawar bagi menyelamatkan nyawa.

Darah Harrison akan digunakan kepada ibu-ibu yang mempunyai jenis darah berisiko menyerang anak dalam kandungan mereka sendiri.

Setiap suntikan anti-D yang pernah dihasilkan di Australia dihasilkan daripada darah Harrisons. Lebih 17 peratus ibu-ibu di Australia mempunyai risiko berkenaan. Justeru James Harrisons telah membantu menyelamatkan banyak nyawa.

Bagaimana darah Harrisons berfungsi?

Anti-D yang dibuat menggunakan antibodi Harrison dapat menghalang wanita-wanita dengan darah rhesus-negatif daripada menghasilkan antibodi RhD semasa hamil (antibodi ini akan menyerang anak dalam kandungan).

Lebih 3 juta dos Anti-D telah diberikan kepada ibu-ibu di Australia yang mempunyai darah jenis itu sejak tahun 1967.

Anak perempuan Harrison sendiri telah menerima vaksin Anti-D itu.

"Hasilnya cucu kedua saya dilahirkan dengan sihat, dan itu membuatkan kamu rasa bangga dengan diri sendiri kerana telah menyelamatkan satu nyawa di situ, dan kamu menyelamatkan lebih banyak lagi, itu hebat," kata Harrison.

Sebelum tahun 1967, ribuan bayi mati setiap tahun. Para doktor tidak tahu apa puncanya dan keadaan itu sangat menakutkan. Ramai wanita mengalami keguguran, dan bayi-bayi dilahirkan pula mengalami kecacatan otak.

Australia merupakan negara pertama menemui penderma darah mempunyai antibodi jenis ini. Ketika itu ia merupakan satu revolusi dalam bidang perubatan.

Harrison telah menerima pelbagai anugerah kerana sifat dermawannya termasuk anugerah paling berprestij di negaranya iaitu "Medal of the Order of Australia"

Harrison turut mendapat gelaran "Wira Negara" 

"Itulah sesuatu yang saya mampu lakukan. Ia salah satu bakat saya, dan mungkin itulah satu-satunya bakat yang saya ada iaitu saya boleh jadi penderma darah," katanya.

Pada 25 Disember 2018, Harrison menderma darah buat kali terakhir ketika berusia 81 tahun. Umurnya sudah melangkaui had umur seorang penderma darah yang ditetapkan oleh kerajaan.

Rujukan | npr.org | cnn.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan