Janna Nick sumpah dengan Al-Quran lepas diserang peminat Kpop

PELAKON terkenal Janna Nick telah membuat laporan polis selepas diserang oleh peminat kpop menerusi platform media sosial atas talian. Pelakon itu turut merakam video bersumpah dengan Al-Quran berhubung perkara itu.
$ads={2}
Pelakon wanita berusia 25 tahun itu menjadi sasaran pembulian siber dan serangan peminat-peminat kpop selepas tersebarnya video lama menuduhnya menghina kematian Jonghyun vokalis kumpulan Shinee dari Korea Selatan.

Janna Nick Bersumpah dengan Al-Quran
FOTO | Janna Nick bersumpah dengan Al-Quran menafikan dia menghina kematian penyayi Kpop

Malam tadi, Janna Nick mengumunkan menerusi platfom media sosial miliknya yang sudah ditutup berharap semua akaun-akaun yang mencetuskan kontroversi dapat dikenal pasti susulan laporan polis dibuat olehnya.

Bintang Kimchi Untuk Awak itu turut melampirkan dalam ciapannya, gambar sebuah balai polis, dan mengatakan "Semua screenshot telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan akan diambil terhadap jenayah siber yang dilakukan,"

Namun tindakan itu sebaliknya dilihat semakin menghangatkan lagi suasana apabila hashtag #jannanickisgoingtojailparty mula menjadi trending selepas berita tentang laporan polis itu tersebar.

Pelakon dengan nama sebenarnya Nurul Jannah Muner itu mencetuskan kemarahan peminat-peminat taksub Kpop pada hujung minggu selepas satu paparan Instagram Story tahun 2018 bersama pelakon Sharifah Sakinah muncul kembali.

Dalam rakaman video itu di sebuah salon, ketika Janna Nick sedang mendandan rambutnya Sakinah melontarkan soalan "Ini yang mati tu kan?" dipercayai merujuk kepada kematian Jonghyun yang membunuh diri dalam tahun 2017.

Janna Nick kemudian boleh didengar ketawa terbahak-bahak selepas mendengar soalan Sakinah itu, seterusnya menimbulkan kemarahan para pentaksub Kpop menyerang akaun Twitter miliknya.

Janna kemudian telah mengeluarkan sebuah rakaman video berdurasi 11 minit memohon maaf dan bersumpah degan nama Allah dan Al-Quran bahawa dia tidak mendengar soalan Sakinah ketika itu kerana keadaan salon yang bising.

"Saya memang tak tahu langsung video tu, Sakinah tu nak menujukan kepada siapa, sebab sebelum tu Kinah memang ada bahan bahan saya, tergelak-gelak lah sebab dia kutuk-kutuk saya,"

"Biasalah kawan-kawan kalau jumpa kawan dia akan bahan bahan, dan kita akan gelak gelak,"

"Dalam keadaan dekat salon dengan ada bunyi hairdryer dekat situ bising lepas tu bila Sakinah cakap macam tu, untuk telefon Sakinah mungkin kau orang rasa macam oh kuat apa yang Sakinah cakap tu, sebab Sakinah yang rekod, jadi mestilah audio dia lebih jelas mulut dia,"

"Tapi dekat saya tidak berapa jelas apa yang dia cakap, jadi saya gelak, saya gelak sebab apa sahaja yang Kinah cakap saya akan gelak, dan saya Lillahi Taala, tak tahu menahu langsung yang benda itu ditujukan untuk si mati," katanya.

"Saya tak kisah kalau orang nak kata saya 'play victim' ke sebab saya memang jujur,"

"Saya tak boleh terima video yang diupload oleh Syarifah Sakinah pada 2018 dan Sakinah pun pernah buat permohonan maaf sebelum ni dan Sakinah dah pernah explain pun yang saya tak terlibat dengan benda ni sebab saya tak tahu,"

"Tapi tiba-tiba adalah seseorang ni keluarkan di TikTok dan saja-saja nak besarkan benda ni akhirnya orang semua hentam saya,"

"Dekat sini saya nak beritahu, saya nak bersumpah saya rasa ini sahaja satu-satunya jalan, untuk saya bagi tahu kepada semua peminat Korean Pop yang saya memang tak tahu, jujur demi Allah," katanya.

Janna Nick kemudiannya melafazkan "Wallahi, Wabillahi, Wataulahi," bahawa dia tak tahu menahu pasal video artis Korean Pop itu.

"Saya tak tahu pun Sakinah repot tu tujukan untuk dia ke, saya tak tahu langsung, saya cuma gelak je dalam video tu, tapi kalau nak besar-besarkan sampai melibatkan mak saya benda ni dah tak kelakar," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan