KDNK Malaysia 2020 jatuh paling teruk sejak Krisis Kewangan Asia 1998

KELUARAN Dalam Negara Kasar, KDNK Malaysia bagi tahun 2020 merosot sebanyak 5.6 peratus lapor Bank Negara dan Jabatan Statistik (DoSM) di mana jumlah itu lebih tinggi berbanding anggaran awal Kementerian Kewangan sebanyak -4.5 peratus.

Kejatuhan itu jika dibandingkan dengan KDNK Malaysia tahun 2019, merupakan kejatuhan paling besar sejak Krisis Kewangan Asia 1998, di mana perkembangan negatif suku keempat 2020 akibat Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan terus membebankan pemulihan ekonomi negara.

Pekerja Kilang

Perkembangan KDNK dalam tiga bulan terakhir tahun 2020 kekal dalam zon negatif, pada -3.4 peratus dibandingkan dengan suku sebelum itu walaupun ada sedikit peningkatan daripada rekod suku kedua -17 peratus.

Pengeluaran sektor kilang meskipun sedikit lebih rendah berbanding suku sebelum ini,  meningkat sebanyak tujuh peratus disebabkan permintaan luar yang cergas terhadap produk-produk elektrik dan elektronik.

Sektor perkhidmatan, pertanian, perlombongan, dan pembinaan mengalami nasib lebih buruk pada tempoh Oktober hingga Disember di mana sektor perlombongan dan pembinaan mencatatkan perkembangan negatif berganda masing-masing -10.6 dan -13.9 peratus, daripada -6.8 dan -12.4 peratus dalam bulan-bulan sebelumnya.

Penurunan permintaan kekal menjadi faktor utama ketika gelombang ketiga jangkitan Covid-19 yang bermula pada bulan Oktober menyebabkan pasaran kerja menjadi tidak menentu sekaligus memaksa pengguna kurang berbelanja.

"Sektor swasta kekal menguncup dibebankan dengan situasi pendapatan lemah dan kawalan pergerakan lebih ketat," kata Ketua Statistik DoSM, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin ketika mengadakan taklimat media.

Suku keempat, perbelanjaan pengguna menguncup 3.4 peratus berbanding -2.1 peratus tempoh sebelum ini pelaburan swasta naik sedikit kepada -7 peratus berbanding -9.3 peratus pada suku ketiga.

Data pekerjaan juga kekal lemah mengubcup lebih teruk dalam tempoh Oktober - Disember selepas meningkat sedikit di antara bulan Julai dan September.

Perkembangan pekerjaan menguncup 0.4 peratus dalam bulan Oktober dan menurun lebih lanjut kepada -0.8 peratus pada bulan November namun pulih sedikit dalam bulan Disember. Kerajaan melaksanakan semula kawalan lebih ketat semasa kes Covid-19 kembali meningkat selama tiga bulan.

Kadar pengangguran pada suku keempat kekal 4.8 peratus dalam bulan Disember dan November naik 0.1 peratus sejak Oktober.

Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, data pekerja sepatutnya menyedarkan penggubal undang-undang, sambil menyebut mereka perlu "lebih fokus" untuk menangani pengangguran mendadak.

"Bidang utama yang memerlukan fokus lebih besar adalah pasaran kerja. Berdasarkan petunjuk yang ada, pelaksanaan PKPB dalam bulan Oktober menyebabkan kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus dalam suku ke empat," katanya.

Pasaran kerja dijangka akan terus lemah bagi separuh pertama tahun ini sebelum meningkat secara perlahan selepas separuh kedua dengan pemulihan dagangan dunia kata Shamsiah.

BNM kekal dengan unjuran ekonominya bagi tahun 2021, dan optimis vaksin akan mempercepatkan pemulihan ekonomi dunia.

Pakar menjangkakan GDP global akan meningkat sebanyak 5.5 peratus dan 8.1 peratus jualan dagangan dan barangan dunia, dan berharap kerajaan-kerajaan dunia akan membuka kembali sempadan negara selepas orang ramai menerima vaksin.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan