Kenapa pemimpin PPBM perli Muhyiddin Yassin?

SUSULAN pihak polis menahan pengasas aplikasi Sugarbook, seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memuji tindakan kerajaan dan dalam masa yang sama mengkritik pentadbiran lalu Pakatan Harapan (PH) kerana gagal bertindak terhadap platform temujanji terbesar di Asia itu.

$ads={2}

BACA JUGAPolis tahan pengasas Sugarbook

Mohd Taufik Yaacob, yang juga merupakan ketua PPBM bahagian Baling Kedah dalam satu kenyataan mendakwa PH membiarkan Sugarbook terus beroperasi.

Mohd Taufik Yaacob

"Ketika mereka berkuasa, seolah-olah PH tidak berminat untuk menjaga agama dan cara hidup kita," katanya.

Namun Perikatan Nasional katanya telah mengambil pendirian jelas berhubung isu itu, menerusi tindakan tegas oleh pihak polis, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Kata Taufik, inilah bezanya di antara PN dan PH di bawah pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Pentadbiran Tun Mahathir sebelum ini.

Sekali imbas kenyataan ini seperti masuk akal dan bijak, di dalam memuji dan memuja kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin.

Namun jelas sekali ahli majlis tertinggi PPBM ini bercakap dan mengkritik tanpa menggunakan otak. Adakah dia tidak sedar bahawa Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Dalam Negeri (KDN) ketika Pakatan Harapan memerintah sebelum ini?

Jika benar kerajaan PH gagal mengambil tindakan terhadap Sugarbook, maka itu jelas sekali merupakan kegagalan Menteri Dalam Negeri ketika itu kerana bidang kuasa untuk bertindak adalah di bawah kuasanya.

Siapa Menteri Dalam Negeri ketika kerajaan Pakatan Harapan memerintah jika bukan Muhyiddin Yassin sendiri?

Muhyiddin Yassin Menteri Dalam Negeri
FOTO | Muhyiddin Yassin Menteri Dalam Negeri ketika zaman kerajaan PH

Sama ada pemimpin PPBM ini memang sengaja nak perli kegagalan Muhyiddin ketika menjadi menteri dalam negeri atau dia sememangnya tidak mempunyai otak, hanya dia sendiri yang tahu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan