Kisah 'Jack' sebenar dalam kapal Titanic yang karam

KEBANYAKAN orang mengetahui tentang kisah Jack Dawson dari filem Titanic, watak popular yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio. Namun watak ini sebenarnya berdasarkan individu sebenar bernama Jack Thayer.

Dalam Filem Titanic, Jack Dawson lakonan Leonardo DiCaprio beku dan mati akibat Hipothermia selepas separuh badannya terendam di dalam air laut yang terlalu sejuk, sebelum jasadnya tenggelam.

Namun sejarah sebenar ketika tenggelamnya Kapal Titanic akibat melanggar bongkah ais besar pada bulan April 1912, Jack Borland Thayer tidak mati. 

Jack Thayer dan Jack Dawson
FOTO | Jack Thayer dan Jack Dawson

Peristiwa bersejarah itu mengorbankan sejumlah 1,514 orang, hanya 710 orang sahaja yang terselamat dan berjaya sampai ke pantai. Jack Thayer dikatakan salah seorang daripada 40 individu melompat ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Walaupun watak Jack Dawson berdasarkan Jack Thayer, namun kehidupan mereka banyak berbeza, hanya pengalaman ketika berada dalam Kapal Titanic begitu serupa kerana adengan dan babak dalam filem itu mendapat inspirasi daripada kejadian sebenar.

Kehidupan Jack Thayer

Berbanding watak Jack Dawson lakonan Leonardo DiCaprio, Thayer lahir dalam sebuah keluarga kaya di mana bapanya John B. Thayer pernah menjadi pengarah dan naib presiden landasan kereta api di Pennsylvania. 

Dalam tahun 1911, bapanya telah membawa semua ahli keluarga bercuti ke seluruh Eropah, manakala England menjadi destinasi terakhir percutian itu.

Mereka merancang untuk pulang ke negara asal menaiki Tiyanic, yang berlepas dari pelabuhan Southampton di England menuju ke New York di Amerika Syarikat.

Thayer dilahirkan pada tahun 1894, pada tahun 1912 dia batu berusia 17 tahun, manakala watak Jack Dawson dalam filem Titanic dilahirkan pada tahun 1892 dua tahun lebih awal dari Jack yang sebenar.

Ketika menaiki kapal Titanic, keluarga itu mempunyai status sosial tinggi bukan sahaja kerana kekayaan, juga disebabkan John B. Thayer merupakan individu yang dihormati. Namun Jack Dawson dalam filem Titanic memenangi tiket daripada permainan poker, dengan kelas paling rendah.

Pengalaman dalam Titanic

Watak Rose lakonan Kate Winslet mendapat inspirasi daripada pengalaman dilalui oleh Jack Thayer ketika berada dalam Titanic bersama seorang artis wanita yang sudah berkahwin ketika itu.

Rose Kate Winslate

Lima hari kemudian Titanic telah melanggar sebuah bongkah air batu. Peristiwa itu berlaku ketika kebanyakan penumpang sedang tidur. Sejurus selepas kejadian Jack Thayer telah naik ke dek paling atas kapal untuk melihat apa yang telah terjadi kepada kapal berkenaan.

Sebaik sahaja melihat kapal itu beransur karam, semua penumpang mengenakan jaket keselamatan. Dalam situasi cemas itu, Jack Thayer telah terputus hubungan dengan ibu dan bapanya, dan dia menyangka mereka telah menaiki bot penyelamat.

Dalam suasana bergegas, Jack Thayer telah terserempak dengan seorang penumpang bernama Milton, yang juga kehilangan keluarga. Kedua-dua mereka cuba naik ke sebuah bot penyelamat, namun dihalang kerana pihak penyelamat mengutamakan wanita dan kanak-kanak.

Memandangkan tiada lagi bot penyelamat di atas kapal tersebut, Jack Thayer dan Milton terjun ke dalam laut yang begitu sejuk. Terdapat sebahagian bot penyelamat yang terjatuh kesan pelanggaran dengan bongkah ais sebelum itu, maka mereka berdua dan beberapa orang lagi telah melompat ke dalam laut berjaya menaiki bot-bot berkenaan.

Namun mereka berdepan dengan risiko hipothermia akibat suasana yang sangat sejuk di bawah paras beku.

Selepas berjam-jam di dalam bot berkenaan, mereka akhirnya ditemui oleh pasukan penyelamat. Pasukan itu juga berjaya menemui ibu Jack Thayer, namun ketika itu ibunya tidak dapat mengecam anaknya sendiri kerana keadaannya yang sangat teruk.

Selepas mereka tiba di pantai Amerika, Jack Thayer berharap ayahnya berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat, malangnya ayah Jack Thayer telah mati lemas akibat tidak sempat menaiki mana-mana bot penyelamat.

Selepas peristiwa itu, Jack Thayer meneruskan hidupnya di Amerika, sebelum menyertai angkatan tentera sebagai salah seorang pegawai pasukan meriam dalam peperangan Great War. 

Selepas perang Jack Thayer berkahwin dan dikurniakan enam orang anak. Dalam masa yang sama Jack Thayer telah menulis sebuah buku bertajuk "Jack Thayer and the Wreck of Titanic" (Jack Thayer dan karamnya Titanic) berkisar tentang pengalamannya berada di atas Kapal Titanic.

The Singking of The Titanic
FOTO | Buku Jack Thayer turut diterbitkan semula dengan judul berbeza

Buku itulah yang telah memberi inspirasi kepada hampir semua jalan cerita dan babak dalam Filem Titanic.

Rujukan | fandom.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan