Lim Guan Eng menang saman fitnah terhadap Ibrahim Ali di Mahkamah Persekutuan

MAHKAMAH Persekutuan dalam satu keputusan majoriti hari ini memutuskan bahawa Perkasa dan presidennya Datuk Ibrahim Ali perlu membayar sebanyak RM150,000 pampasan kerosakan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan fitnah pada bulan Oktober 2011, seperti diarahkan oleh mahkamah sebelum ini.

Panel 3 hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan oleh hakim Datuk Nallini Pathmanathan pada bulan September lalu telah mendengar permohonan Lim terhadap kumpulan pendesak Melayu dan Ibrahim Ali itu, di mana dua orang hakim membuat keputusan berpihak kepada Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng

Ketika membaca ringkasan penghakiman majoriti yang juga dipersetujui oleh Hakim Nallini, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal berkata, Mahkamah Tinggi lebih dari wajar ketika memutuskan pampasan RM150,000 perlu dibayar oleh Perkasa dan pegawai-pegawainya yang ditegaskan sebagai tidak berlebihan.

"Sebagai kesimpulan dan alasan-alasan disebutkan, seorang pegawai awam apabila memfailkan saman sebagai seorang individu, sama ada menyaman atas kapasiti individu atau jawatan tidak dihalang daripada membawa tindakan fitnah," kata hakim tersebut ketika membaca ringkasan itu dalam prosiding atas talian menerusi aplikasi Zoom.

"Wajarlah rayuan itu dibenarkan dengan kos kepada perayu. Perintah dibuat oleh Mahkamah Rayuan diketepikan. Perintah Mahkamah Tinggi berhubung responden dengan ini dikembalikan," katanya ketika mengembalikan jumlah RM150,000 yang telah diarahkan Mahkamah Tinggi untuk dibayar oleh Perkasa dan Ibrahim Ali.

Mahkamah persekutuan juga memberikan Lim kos sebanyak RM50,000 untuk dibayar oleh Ibrahim dan Perkasa.

Pada 11 mei 2012, Lim Guan Eng telah memfailkan satu saman fitnah terhadap tujuh defendan. Dia menamakan mereka ketika itu sebagai Ketua Penerangan Ruslan Kassim, Ibrahim Ali, Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia), News Straits Times Press dan Datuk Syed Nadri Syed Harun yang ketika itu merupakan editor dua kumpulan terbitan NSTP, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad and Ketua Editor kempulannya ketika itu Datuk Abdul Aziz Ishak.

Berdasarkan kenyataan tuntutan Lim Guan Eng, kenyataan fitnah oleh Ruslan bertarikh 1 Oktober 2011 telah diterbitkan dalam laman sesawang Perkasa, dengan kandungan kenyataan itu seterusnya diterbitkan pada 2 Oktober 2011 oleh akhbar NSTP New Sunday Times dan Berita Minggu juga Mingguan Malaysia.

Kenyataan fitnah itu muncul selepas lawatan rasmi Lim Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang mengetuai satu delegasi oleh InvestPenang ke Singapura pada 11 Ogos dan 12 ogos 2011 bagi mempromosikan pelaburan dalam Malaysia.

Kenyataan-kenyataan maaf kemudian telah diterbitkan oleh tiga akhbar. Namun dalam tuntutan mahkamahnya, Lim Guan Eng menyatakan bahawa Ruslan dan tiga penerbitan gagal untuk meminta maaf kepadanya sebelum tindakan saman meskipun telah menulis tuntutan kepada mereka.

Selain itu, Lim Guan Eng mendakwa dalam samannya bahawa kenyataan fitnah telah mencemarkan reputasinya sebagai seorang ahli politik dan Ketua Menteri Pulau Pinang, dan telah menuduhnya secara palsu sebagai pengkhianat dengan mendedahkan rahsia negara kepada kerajaan Singapura.

Katanya juga kenyataan diterbitkan itu berniat jahat tanpa asas dan dia juga tidak dihubungi sebelum penerbitan ataupun informasi itu disahkan terlebih dahulu.

Lim menuntut RM150 juta sebagai pampasan am, teladan, kerugian teruk dan khas,  permohonan maaf dicetak oleh akhbar tersebut di muka depan dan ikrar akhbar-akhbar tersebut supaya mengelak daripada menerbitkan kenyataan fitnah seperti itu.

Pada 26 Mac 2015, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin telah membuat keputusan berpihak kepada Lim Guan Eng, selepas mendapati kenyataan oleh Ruslan dan diterbitkan oleh tiga buah akhbar bersifat fitnah terhadapnya.

Hakim itu juga memutuskan bahawa tujuh defendan telah gagal mempertahankan diri dan memerintahkan mereka perlu memberi pampasan kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah.

Sumber | malaymail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan