Lokasi makam Genghis Khan masih menjadi misteri

TIADA rekod sejarah yang jelas dan tepat tentang kematian Genghis Khan. Pelayar terkenal abad ke-13, Marco Polo menulis dalam catatannya bahawa Genghis Khan mati akibat tusukan sebilah panah beracun di lututnya.

Utusan dihantar ke Mongolia dan pulang ke Rom pula memaklumkan kepada Pope bahawa penakluk itu disambar petir. Dalam versi rasmi Genghis Khan menyatakan bahawa kematian maharaja Monggol itu ada kaitan dengan penyakit serius dialaminya selepas terjatuh dari kuda semasa memburu. 

Genghis Khan
FOTO | Watak Genghis Khan dalam filem Marco Polo

Tidak ada seorang pun tahu di mana jasad Genghis Khan dikebumikan dan di manakah makamnya. Dalam buku catatannya, Marco Polo menulis seperti berikut:

"Semua pemerintah hebat, keturunan Genghis Khan dikebumikan di makam Gunung Altai, dan apabila salah seorang daripada pemimpin hebat Tartar mati, meskipun mengambil masa 100 hari untuk membawanya ke gunung ini untuk dikebumikan, mereka akan membawanya ke sini,"

"Malah satu perkara ganjil tentang tradisi ini ialah tentera-tentera yang membawa jasad itu ke pergunungan kemudiannya akan dibunuh, mereka diberitahu, pergilah berkhidmat kepada pemimpin kita,"

Sumber utama membolehkan kita tahu butiran tentang kehidupan Genghis Khan dan personalitinya muncul selepas maharaja Monggol itu mati.

Dokumen tertua Monggolia adalah "Lagenda Suci," yang menulis secara terperinci tentang rupa fizikal pemerintah hebat itu. Dia tidak terlalu tinggi, mempunyai badan atlet, dan janggut panjang. Semua ini ada ditulis dalam "Lagenda Suci,"

Genghis Khan merupakan anak kepada salah seorang pemerintah, namun selepas kematian ayahnya, keluarganya telah dilucutkan dari segala kekayaan, seterusnya menderita akibat kemiskinan.

Genghis Khan bukan seorang yang terlalu hebat, tapi dia seorang pengurus yang cekap, mempunyai kesungguhan, dan sifat pandai mengawal diri yang dicemburui, sekaligus menyebabkan dia dikenali sejak zaman muda sebagai seorang komander tentera yang berbakat.

Dengan kejayaannya dalam bidang ketenteraan, pengikut-pengikut bawahannya menghormati dan menghargai Genghis Khan kerana berjiwa besar dan lemah lembut. Dia tidak menolak keseronokkan hidup, namun dia tidak juga terlalu melampau di dalam berseronok, sebab itu dia hidup sehingga usia tua dan mengekalkan kualiti minda yang begitu baik.

Namun di samping karakter yang baik itu, Genghis Khan juga merupakan seorang pemimpin kejam. "Lagenda Suci," ada mencatatkan bahawa dalam tahun 1225, Genghis Khan mengarahkan tenteranya menakluk Zhongxin ibu negara Tango, Xi Xia dan menghapuskan semua penduduknya dari muka bumi.

Ketika memburu tidak jauh dari kotanya, dia jatuh dari kuda, dan mengalami kecederaan teruk. Sepanjang malam itu Genghis Khan mengalami demam.

Pada waktu subuh, ketika ditanya dalam mesyuarat: "Kita perlu teruskan perang dengan Tango atau tidak?" Zuchi anak sulung Genghis Khan tidak hadir dalam mesyuarat itu. Zuchi memang diketahui sering melanggar arahan bapanya.

Akibat marah, Genghis Khan mengarahkan tentera untuk menyerang dan membunuh Zuchi, namun serangan itu tidak berlaku kerana tidak lama selepas itu muncul berita mengatakan Zuchi telah mati. Selepas kejadian itu, Genghis Khan terlantar di atas katil sepanjang musim sejuk dalam tahun 1225–1226.

Begitu banyak maklumat kematian Genghis Khan, bukan sahaja tidak begitu jelas, malah bercanggah, pelbagai versi dan menunjukkan pelbagai sebab kematiannya, seperti sakit mengejut, gering akibat cuaca, termasuk akibat kecederaan jatuh dari kuda.

Maklumat kematiannya yang mungkin boleh dipastikan ialah, dia dikatakan mati ketika awal musim bunga (atau penghujung musim sejuk) dalam tahun 1227, dalam wilayah Tangier, sebaik sahaja selepas menakluk ibu kota Zhongxin (kini dikenali sebagai Yinchuan).

Menurut satu lagi cerita lagenda, pada waktu malam Genghis Khan telah ditikam oleh sebatang anak panah beracun oleh isteri mudanya, yang sebelum itu bergurau senda dengannya pada malam yang sama. Oleh kerana bimbang akan diseksa akibat perbuatannya, wanita itu membunuh diri, terjun ke dalam sungai sebelum mati lemas.

Tiada seorang pun tahu di manakah jasad Genghis Khan ditanam. Teka-teki tentang keranda Genghis Khan sentiasa menjadi persoalan mengocakkan imaginasi dan harapan para pemburu harta karun, ahli arkeologi, dan sejarawan.

Lokasi tempat pengebumiannya masih dicari sampai ke hari ini, mengambil kira pelbagai maklumat, testimoni, anggapan,  termasuk lagenda yang kadang kala kedengaran tak masuk akal.

Satu lagi versi cerita, mendakwa Genghis Khan telah dikebumikan di sebuah kawasan mempunyai hubungan peribadi dengannya. Pada suatu hari ketika Genghis Khan sedang berburu menuruni sungai Onon, enam hari berjalan kaki berjalan kaki menuju gunung Burhan Khaldun. Berdekatan puncak pergunungan itu terdapat satu-satunya pokok besar.

Genghis Khan dikatakan sangat menyukai tempat itu, kerana dia merasa bahagia dan tenang berada di situ, sambil berkata:

"Inilah tempat yang betul untuk makamku. Tandakannya dan ingatlah,"

Namun salah seorang pakar yang mengkaji kehidupan Monggolia menafikan hipotesis itu. Dia yakin bahawa jasad Genghis Khan tidak dibawa pulang ke Monggolia, kerana ketika itu Monggolia tidak mempunyai teknik pengawetan mayat. Menurutnya, mayat Genghis Khan pasti dikebumikan di tempat lain.

Rujukan | bbc.com | scmp.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan