Mahkamah Persekutuan isytihar Rosliza Ibrahim bukan Islam

SEORANG wanita warganegara Malaysia yang dilahirkan daripada bapa Islam dan Ibu beragama Buddha di luar perkahwinan, diisytiharkan sebagai bukan Islam oleh mahkamah.

Sembilan panel hakim di Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara memutuskan wanita berusia 39 tahun bernama Rosliza Binti Ibrahim memenangi rayuannya.

Istana Kehakiman

Mahkamah memutuskan bahawa, Rosliza Ibrahim dan ibunya tidak pernah memeluk Agama Islam.

Sebagai sebahagian daripada keputusan itu, Tengku Maimun dan enam lagi hakim-hakim memutuskan mahkamah akan membenarkan segala perintah mahkamah yang diminta oleh Rosliza, selepas memutuskan bahawa bukti menunjukkan bahawa dia dilahirkan secara tidak sah dan fakta-fakta tidak menunjukkan bawa Rosliza Ibrahim seorang Islam.

Tiga perintah mahkamah yang diminta oleh Rosliza Ibrahim adalah untuk mengisytiharkan bahawa dia merupakan 'anak haram' (tidak sah taraf), dan mendiang ibunya seorang penganut Buddha Yap Ah Mooi adalah ibunya, dan juga pengisytiharan bahawa dia bukan seorang yang mengakui ajaran agama Islam, dan segala undang-undang negeri Selangor tidak terpakai kepadanya, dan Mahkamah Syariah Selangor tidak mempunyai bidangkuasa ke atasnya.

Keenam-enam juri yang bersetuju dengan Tengku Maimun adalah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, hakim-hakim mahkamah persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Dua orang hakim panel berkenaan, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim kedua-duanya membenarkan rayuan itu, namun berbeza sedikit dalam keputusan tidak membenarkan dua daripada arahan mahkamah diminta oleh Rosliza.

Dalam Mahkamah Tinggi sebelum ini, Rosliza telah menunjukkan bukti bahawa pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan dan 11 negeri-negeri (Selangor Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Pulau Pinang Perak Perlis dan Terengganu) tidak mempunyai sebarang rekod ibunya memeluk Islam atau ibu bapa kandungnya berkahwin secara Islam. Rosliza juga telah menunjukkan kepada mahkamah kenyataan bersumpah mendiang ibunya bertarikh 8 Oktober 2008 mengaku tidak berkahwin dengan bapa Rosliza ketika dia dilahirkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan