Mana hilangnya harta peninggalan kerajaan Nazi Jerman?

SELEPAS kejatuhan Jerman, pihak Nazi cuba menyembunyikan sejumlah besar emas bernilai USD7.5 bilion bersama ribuan karya-karya agung tidak ternilai harganya. Kesemua harta karun ini tidak dapat ditemui, namun ada sebahagian yang berakhir di sebuah pekan kecil di Texas, Amerika Syarikat pada tahun 1990.

Harta peninggalan Nazi Jerman

Menjelang tamatnya Perang Dunia Kedua, pada 3 Februari 1945, 950 pengebom menjatuhkan  2,265 tan bahan letupan di Kota Berlin, menyebabkan 2,000 orang terkorban, 120,000 lagi hilang tempat tinggal dan kejiranan mereka habis musnah. 

Ketika itu 5,000 pekerja bank utama Nazi, iaitu Reichbank bersembunyi dalam bilik kebal di bawah tanah bangunan bank berkenaan. Sejumlah 21 bahan peledak telah mengenai bangunan besar itu, dan memusnahkannya.

Harta peninggalan Nazi Jerman

Ketika serangan dahsyat itu reda, semua kakitangan Reichsbank bersama presidennya Dr. Walther Funk masih terselamat. Namun kemusnahan pusat penting negara yang sedang dihancurkan akibat peperangan itu telah mencetuskan satu siri peristiwa ganjil, membawa kepada satu misteri tidak terungkai paling menarik dalam sejarah Perang Dunia Kedua.

Nampaknya harta kekayaan negara Jerman telah dilesapkan tanpa jejak dengan sengaja, supaya ia dapat dilindungi ketika Pasukan Tentera Bersekutu mara memasuki wilayah Jerman. Ruang bawah tanah Reichbank menempatkan semua simpanan emas Jerman dianggarkan bernilai USD7.5 bilion dan sekitar USD1.5 bilion emas Itali.

Penemuan meragukan

Dr. Funk tiba-tiba memindahkan pegawai-pegawai kanan bank ke bandar-bandar lain untuk meneruskan operasi institusi tersebut, dan mengarahkan simpanan emas dan duit dipindahkan ke sebuah lombong garam, Kaiseroda, 320 km di barat daya ibu kota berkenaan.

Pemindahan rahsia longgokan simpanan Nazi itu berjumlah sekitar 100 tan emas, dan 1,000 beg-beg wang tunai yang memerlukan 13 gerabak keretapi untuk dipindahkan.

Lombong garam simpan harta Nazi

Namun tidak sampai 7 minggu, Pasukan Tentera ketiga Amerika Syarikat yang diketuai oleh jeneral George S. Patton telah mara ke kawasan itu. Disebabkan hari cuti Easter yang menjelang tiba, pemindahan kesemua harta karun tidak dapat dilakukan, menyebabkan 600 beg-beg penuh dengan wang tunai dan pelbagai jumlah emas ditinggalkan.

Pada 4 April, tentera Amerika telah tiba dan segera menemukan di mana harta-harta karun itu disembunyikan. Pada 7 April, pegawai-pegawai Amerika menggunakan elevator turun pada kedalaman 640 meter, dan menemui 1 bilion matawang Jerman.

Selepas meletupkan pintu besi bilik bernombor 8, mereka menemui lebih 400 beg beg bernombor, di mana gudang itu mengandungi 8,527 jongkong emas, syiling emas dan banyak longgokan wang tunai. Jongkong-jongkong Emas dan perak telah diratakan supaya lebih mudah disimpan telah disusun dalam peti dan kotak.

Terdapat juga beg-beg galas yang penuh dengan berlian, permata dan batu-batu berharga dirampas daripada mangsa-mangsa di kem-kem pembunuhan, juga terdapat beg-beg penuh dengan emas berkaitan kerja-kerja pergigian. Penemuan itu menjadi harta karun paling berharga di dunia pada masa itu.

Penemuan itu meliputi 93.17 peratus daripada keseluruhan simpanan kewangan Jerman, ketika peperangan hampir tamat. Namun bukan semua, di galeri lain terletak sebalik bebatuan garam, 400 tan objek-objek seni ditemui, termasuk lukisan-lukisan dari 15 muzeum Jerman, dan buku-buku berharga dari Koleksi Goethe di Weimar.

Harta peninggalan Nazi dalam lombong garam

Di bawah pemantauan ketat, harta-harta karun yang ditemui di lombong garam itu telah dimasukkan ke dalam 11,750 kontena dan diisi kedalam 32 buah lori dengan setiap satu seberat 10 tan, untuk dihantar ke Frankfurt untuk disimpan dalam ruang bawah tanah Reichsbank cawangan tempatan.

Meskipun ada beberapa khabar angin tentang lesapnya salah satu lori dalam konvoi berkenaan, tiada emas atau karya seni yang hilang ketika perpindahan itu.

Sebahagian harta karun tidak ditemui

Menurut Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler, kesalahan meletakkan harta negara ke tangan Tentera Bersekutu adalah "jenayah kecuaian" dilakukan oleh Funk. 

Hitler telah meluluskan usaha memindahkan baki simpanan negara yang masih tinggal. Malah individu ditugaskan merancang usaha itu adalah pengawal peribadinya sendiri, seorang anggota polis bernama Friedrich Josef Rauch.

Goebbles menganggarkan 6.83 peratus baki simpanan rasmi emas di Reichsbank telah dihantar ke Bavaria untuk dilindungi. Jongkong-jongkong dan syiling emas itu dianggarkan bernilai USD150 juta dalam anggaran hari ini.

Beberapa bulan kemudian, serangan bom Tentera Bersekutu telah memusnahkan komunikasi, dan usaha itu berdepan situasi rumit dan sukar untuk dijelaskan. Matawang tunai telah dimasukkan ke dalam dua buah keretapi, sementara satu konvoi lori telah dipersiapkan untuk membawa jongkong-jongkong dan syiling-syiling emas.

Dalam keadaan huru-hara akibat keruntuhan sebuah empayar, keretapi berkenaan mengambil masa dua minggu bergerak melintasi laluan sejauh 800 kilometer menuju ke Munich. Sepanjang perjalanan, rakan Dr. Funk bernama Hans Alfred von Rosenberg-Lipinski mengarahkan supaya beg-beg mengandungi matawang dikeluarkan dari keretapi dan dipindahkan kepada lori-lori konvoi.

Akhirnya, lori-lori itu telah membawa wang tunai, syiling emas, jongkong dan mata wang asing ke sebuah pekan kecil di kawasan pergunungan Bavaria, sementara keretapi berkenaan meneruskan perjalanan menuju ke Munich.

Dalam pada itu, Rosenberg-Lipinski telah menahan sebuah beg mengandungi mata wang asing dan 5 buah peti atas "alasan tertentu," dan tidak diketahui apa yang terjadi kepada bahagian yang ditahan itu. Ada pendapat mengatakan, pegawai bank itu mengambil harta berkenaan untuk kesenangan dirinya di masa hadapan susulan kejatuhan Nazi Jerman.

Individu-individu lain juga turut melakukan perkara yang sama sebelum kejatuhan Nazi. Lori-lori yang dipenuhi dengan harta itu sering kali melintasi kawasan hutan di Pergunungan Karwendel ke sebuah kawasan kem latihan tentera darat Jerman.

Ketika mereka bertengkar di mana baki simpanan negara itu patut disembunyikan, difahamkan Emil Januszewski seorang pegawai Reichsbank telah mengambil dua ketul jongkong emas bernilai hampir USD1 juta dalam anggaran hari ini.

Dalam pada itu, simpanan emas selebihnya telah ditanam di tempat-tempat persembunyian rapi berdekatan dengan sebuah pondok kawasan pergunungan dikenali sebagai "Rumah Hutan". Wang tunai telah dibahagikan kepada tiga, dan disembunyikan di tiga puncak gunung.

Seterusnya, dua jongkong-jongkong emas dengan sejumlah besar mata wang berakhir di bawah jagaan Karl Jacob, seorang pegawai tempatan.

Mereka tidak pernah dilihat sebelum ini. Beberapa anggota Nazi berpangkat rendah telah menyembunyikan harta karun itu, termasuk beberapa orang tentera. Dr Funk dan beberapa orang pegawai Nazi terkenal telah ditahan oleh tentera Bersekutu tidak lama selepas itu, namun tiada yang mengaku mengetahui di mana emas-emas itu disembunyikan.

Akhirnya, tentera Amerika berjaya menemui sebahagian daripada emas Reichsbank bernilai sekitar USD14 juta, bersama emas Jerman dari agensi-agensi kerajaan yang lain bernilai USD41 juta, namun harta karun di Rumah Hutan gagal ditemui.

Selama empat tahun, para penyiasat Amerika cuba untuk menyelesaikan misteri berkenaan, akhirnya mereka terpaksa menyimpulkan bahawa sekitar USD3.5 juta (USD46.5 juta nilai hari ini) emas, dan sekitar USD2 juta (USD12 juta anggaran hari ini) matawang hilang tanpa jejak.

Harta yang dicuri tentera Amerika

Jerman bukan satu-satunya pihak mengambil kesempatan terhadap timbunan harta yang muncul tiba-tiba itu. Ramai tentera Amerika yang tidak tahan dengan godaan harta, telah menyeludup karya-karya seni ke Amerika Syarikat. Penjenayah yang terlibat ada yang berjaya dihukum dan ramai juga yang terlepas hukuman.

Seterusnya dalam tahun 1990, dunia dikejutkan apabila harta-harta seni Jerman, termasuk salah satu karya paling bernilai dan bersejarah zaman pertengahan telah dilelong oleh waris-waris seorang veteran tentera tidak dikenali di Whitewright sebuah pekan kecil dalam daerah Texas.

Sehingga kematiannya dalam tahun 1980, Joe T. Meador membungkus rapi sebuah manuskrip tidak ternilai daripada 4 Gospel abad ke 19, dengan sehelai selimut. Khazanah itu bertatahkan jalinan seni emas dan perak. Manuskrip berusia 1,100 tahun itu mempunyai ilustrasi dan memancarkan cahaya, berasal dari sebuah gereja di Quedlinburg, Jerman. Manuskrip itu telah dijual di Switzerland pada harga USD3 juta.

Manuskrip dicuri tentera Amerika

Akhirnya terbongkar, harta karun disimpan oleh Meador mengandungi 1,513 manuskrip dan sebuah peninggalan abad ke 10. Harta karun itu telah diambil dari gereja di Quedlinburg dan disembunyikan dalam sebuah tiang lombong untuk dilindungi oleh Tentera Bersekutu.

Rupa-rupanya, Meador ketika itu seorang Lieutenant telah mencuri objek-objek berkenaan sebelum menyeludupnya ke Amerika Syarikat, sekaligus melengkapkan siri rompakan karya-karya seni paling besar dalam sejarah abad ke 20.

Selepas kematiannya, waris-waris Meadow mula menjual semua objek-objek tersebut di Quendlinburg. Agensi-agensi Amerika seperti IRS dan FBI telah memulakan satu siri siasatan. Selepas berbulan-bulan penyiasatan dijalankan, waris-waris berkenaan bersetuju untuk menyerahkan semua baki harta karun itu dengan bayaran berjumlah USD2.75 juta, USD1 juta lebih daripada wang tunai hasil jualan Gospel sebelum itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan