Polis tahan pengasas Aplikasi Sugarbook

PENGASAS aplikasi temu janji Sugabook yang telah diharamkan oleh kerajaan, ditahan oleh pihak polis semalam dan kini sedang direman untuk siasatan lanjut.
$ads={2}
Ketua Jabatan Siasatan jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata, individu berumur 34 tahun, pengasas kepada platform temujanji terbesar di Asia itu ditahan di Icon Residence, Kuala Lumpur tengah hari semalam.

Sugarbook

"Polis Selangor telah menahan seorang lelaki di Icon Residence. Suspek yang beralamat di Minden Heights, Gelugor Pulau Pinang, akan direman hari ini di Mahkamah Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan awal mendapati bahawa lelaki itu merupakan pengasas Aplikasi Sugarbook.

Menurutnya penahanan itu dilakukan mengikut peruntukan Seksyen 505 (b) Kanun keseksaan, Seksyen 372(b) dan Seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.

Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan digunakan untuk menyiasat kesalahan melakukan khianat awam dengan niat untuk mencetuskan ketakutan kepada orang ramai, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya.

Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan boleh digunakan untuk menyiasat kesalahan berkaitan pelacuran, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, denda atau kedua-duanya.

Seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998 pula berkaitan kesalahan penyalahgunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan.

Setakat ini sebanyak 74 laporan polis telah dibuat berhubung kes berkenaan. 

Sugarbook merupakan sebuah laman sesawang dan aplikasi telefon bimbit yang menggunakan konsep "sugar dating" di mana istilah itu merujuk kepada pemberian bantuan kewangan sebagai balasan kepada hubungan romantik, yang mungkin melibatkan atau tidak melibatkan hubungan seksual.

Minggu lalu, Sugarbook mendedahkan bahawa berlaku lonjakan 40 peratus pendaftaran pada platform itu di kalangan pelajar universiti bagi membayar yuran pengajian, perbelanjaan rumah serta perbelanjaan sara hidup.

Pihak polis telah memulakan siasatan terhadap laman sesawang itu selepas ia menamakan 10 buah universiti awam dan swasta mempunyai paling ramai pelajar memilih untuk menjadi "sugar baby" dan mencari "sugar daddy" bagi menangung gaya hidup mereka.

Pada hari selasa, suruhanjaya komunikasi dan multimedia (SKMM), telah menyekat platform temujanji atas talian itu selepas bermesyuarat dengan Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad.

Dalam satu kiriman menerusi Facebook, Noraini memaklumkan bawa kementeriannya dan SKMM telah bersetuju untuk mengambil tindakan terhadap laman sesawang itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan