Punca hidung berdarah dan apa perlu anda lakukan?

KEJADIAN hidung berdarah memang sering berlaku, keadaan itu mungkin menakutkan namun Anda tidak perlu bimbang kerana jarang sekali ia menunjukkan masalah kesihatan yang serius. 

Kenapa hidung mudah berdarah?

Hidung kita mempunyai banyak saluran darah yang sangat dekat dengan permukaan hadapan dan bahagian belakang hidung. Justeru ia sangat rapuh seterusnya mudah berdarah.

Hidung berdarah sering berlaku di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak berusia di antara tiga hingga sepuluh tahun.

Terdapat dua jenis keadaan hidung berdarah, pertama disebut sebagai 'pendarahan hidung anterior' berlaku apabila saluran darah di bahagian depan hidung cedera atau terluka.

Satu lagi disebut sebagai 'pendarahan posterior' di mana pendarahan berlaku di bahagian belakang atau kawasa dalaman hidung. Dalam kes seperti ini, darah akan mengalir masuk ke tekak. Perlu diketahui bahawa 'pendarahan posterior' mungkin berbahaya.

Hidung berdarah
FOTO | Ahli sukan MMA sering mengalami pendarahan hidung akibat ditumbuk

Punca-punca hidung berdarah

Terdapat banyak punca boleh mengakibatkan hidung berdarah. Pendarahan tiba tiba atau tidak begitu kerap biasanya tidak berbahaya. Namun Jika anda mengalami pendarahan hidung yang kerap, ia mungkin petanda masalah yang lebih serius.

Persekitaran atau udara kering 

Udara kering merupakan salah satu punca hidung berdarah sangat biasa terjadi. Jika anda tinggal di kawasan berudara kering, tambahan lagi menggunakan sistem pemanas boleh menyebabkan membran nasal (lapisan tisu-tisu dalam hidung) menjadi kering. 

Udara kering menyebabkan munculnya kerak-kerak tisu kering di dalam hidung. Kerak ini mungkin berasa gatal atau mengganggu, jadi apabila anda menggaru atau menyungkilnya keluar, ia boleh menyebabkan pendarahan.

Pengambilan ubat

Pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamin dan dekongestan bagi merawat masalah alergi, demam atau sinus juga menjadi punca membran nasal menjadi kering seterusnya mengakibatkan hidung berdarah. Hembusan kerap menerusi hidung juga satu lagi punca mengakibatkan hidung berdasah.

Punca-punca lain sering menyebabkan hidung berdarah adalah seperti berikut:

Bendasing tersangkut dalam hidung
Bahan perengsa kimia
Reaksi alergik
Kecederaan hidung
Bersin terlalu kerap
Mengorek hidung
Udara sejuk
Jangkitan sistem pernafasan
Pengambilan aspirin

Selain yang jarang tetapi boleh menyebabkan hidung berdarah pula, seperti berikut:

Tekanan darah tinggi
Masalah pendarahan
Masalah pembekuan darah
Kanser

Majoriti masalah hidung berdarah tidak memerlukan rawatan perubatan khusus. Namun jika pendarahan hidung masih tidak berhenti sehingga lebih 20 minit, atau ia berlaku selepas mengalami kecederaan hidung, maka lebih baik anda segera mendapatkan rawatan doktor. 

Ini kerana ditakuti pendarahan itu mungkin melibatkan bahagian 'posterior' sekaligus boleh jadi ia sangat berbahaya.

Antara kecederaan yang boleh menyebabkan hidung berdarah termasuklah, jatuh tersembam, kemalangan kenderaan, atau terkena tumbukan di bahagian hidung. 

Gejala hidung berdarah selepas kecederaan mungkin kerana hidung patah, keretakan tengkorak hidung, atau lebih serius berlaku pendarahan dalaman.

Apa perlu anda buat?

Rawatan bagi masalah hidung berdarah berbeza bergantung kepada jenis dan punca pendarahan. 

Pendarahan Anterior 

Jika anda mengalami pendarahan anterior, ini bermakna hidung berdarah di bahagian depan, biasanya di kawasan nostril. 

Anda boleh merawat sendiri masalah ini di rumah. Duduk dengan kepala mendongak, picit bahagian lembut hidung. Pastikan nostril anda tertutup rapat. Biarkan ia tertutup selama sekitar 10 minit, tunduk sedikit ke depan dan sepanjang tempoh itu bernafaslah menerusi mulut.

Jangan berbaring ketika cuba menghentikan pendarahan hidung. Kerana Jika anda berbaring, darah mungkin akan mengalir masuk ke bahagian tekak, seterusnya membuatkan perut jadi tidak selesa.

Lepaskan nostril selepas 10 minit dan cuba periksa sama ada pendarahan sudah berhenti atau tidak. Ulang lagi langkah ini jika darah masih tidak berhenti.

Anda boleh juga gunakan kain sejuk atau ais untuk menekap bahagian hidung, kerana ia boleh mengecutkan salur-salur darah kecil di bahagian hidung bagi membantu menghentikan pendarahan.

Jika pendarahan masih tidak berhenti, segera pergi ke hospital dan dapatkan rawatan doktor. Keadaan ini menunjukkan anda mungkin mengalami pendarahan posterior dan rawatan lebih khusus diperlukan bagi menyembuhkannya.

Apa perlu anda lakukan selepas darah berhenti?

Selepas berjaya menghentikan pendarahan, masih ada beberapa tips penjagaan bagi mengelakkan hidung kembali berdarah semula.

1. Jangan korek hidung

Perbuatan sering mengorek hidung boleh mengganggu atau mencederakan nasal membran. Oleh kerana hidung anda baru sahaja berdarah, Jika anda mengorek hidung, kemungkinan besar hidung anda akan kembali berdarah.

2. Jangan hembus hidung

Biasanya hidung Adam rasa tidak selesa kerana terdapat saki-baki darah kering, dan tisu-tisu mengganggu di dalam hidung. Jangan hembus hidung dalam masa 24 jam selepas berlaku pendarahan, kerana ia akan menyebabkan hidung anda kembali cedera dan berdarah semula. Jika perlu menghembus, lakukan secara perlahan dan berperingkat.

3. Jangan membongkok

Elakan membongkok, mengangkat objek berat, atau melakukan sebarang aktiviti memberikan ketegangan kerana ia akan merangsang kembali pendarahan. Cuba selakan aktiviti berat selama sekurang-kurangnya 24 hingga 48 jam selepas mengalami masalah hidung berdarah.

4. Gunakan Air Batu

Meletakkan air batu dibalut dengan kain ke bahagian hidung anda boleh mengecutkan saluran darah. Selain itu ia juga mampu mengurangkan radang, jika anda mengalami kecederaan. Tapi jangan tekap hidung lebih 10 minit setiap kali, kerana ia mungkin menyakiykan hidung.

Pendarahan Posterior

Jika hidung anda mengalami pendarahan posterior, darah yang terhasil adalah daripada bahagian belakang hidung. Darah biasanya akan mengalir masuk ke dalam tekak. Pendarahan jenis ini jarang berlaku namun biasanya lebih serius berbanding pendarahan anterior.

Pendarahan posterior tidak boleh dirawat di rumah. Anda perlu segera menghubungi doktor atau terus pergi ke unit rawatan kecemasan, jika anda mengalami pendarahan posterior seperti yang disebutkan di atas.

Diagnosis pendarahan hidung

Jika anda mendapatkan rawatan perubatan selepas berlaku pendarahan hidung, doktor yang merawat akan menjalankan pemeriksaan fizikal bagi menentukan punca. 

Biasanya doktor akan memeriksa ke dalam lubang hidung untuk melihat jika terdapat objek asing yang tersangkut atau melekat di bahagian dalam hidung.

Doktor juga biasanya akan bertanya soalan tentang latar belakang kesihatan anda, serta mengambil tahu jenis ubat-ubatan yang anda makan jika ada.

Sebaiknya beritahu doktor sebarang simptom-simptom dialami, atau jika berlaku sebarang kecederaan. Tidak ada ujian tunggal untuk menentukan punca hidung berdarah.

Doktor yang merawat anda mungkin akan menggunakan ujian diagnostik bagi mencari punca. Antara ujian-ujian itu termasuklah, nasal endoskopik, complete blood count, CBC (memeriksa penyakit darah), partial tromboplastin time, PTT (ujian pembekuan darah), CT Scan (melakukan imbasan hidung), dan X-ray (Imbasan pada wajah dan hidung).

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan