Rampasan kuasa di Myanmar Aung San Suu Kyi ditahan pihak tentera

BERLAKU rampasan kuasa di Myanmar ketika ini, di mana tentera negara itu dilapor mengambil alih pemerintahan negara selepas Aung San Suu Kyi pemimpin de facto kerajaan pemerintah dan beberapa orang lagi ahli politik ditahan.

Aun San Suu Kyi

Pihak tentera turut mengumumkan perintah darurat selama setahun dan peralihan kuasa pentadbiran kerajaan.

Sebelum ini Myanmar juga dikenali sebagai Burma, diperintah oleh tentera sehingga reformasi sistem demokrasi bertapak di negara itu pada tahun 2011.

Pihak tentera pada hari isnin menyatakan akan menyerahkan kuasa kepada ketua komander Min Aung Hlaing disebabkan oleh "penipuan pilihanraya". Anggota tentera kini ditempatkan di seluruh jalanraya ibu negara, Nay Pyi Taw dan bandar utama Yangon.

Pada pilihan raya bulan November, Parti Liga Demokratik Nasional yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi telah memenangi cukup kerusi untuk membentuk sebuah kerajaan.

Sambungan Internet dan perkhidmatan telefon di bandar-bandar utama Myanmar dilaporkan terjejas, sementara media MRTV yang dikuasai tentera mengatakan berlaku masalah teknikal dan rangkaian terpaksa dihentikan.

Pihak media antarabangsa setakat ini tidak dapat menghubungi Nay Pyi Taw.

Bandar terbesar di Myanmar iaitu Yangon menyaksikan sambungan internet dan telefon begitu terhad, di mana kebayakan penyedia rangkaian telah memutuskan perkhimatan.

Media antarabangsa yang berpengkalan di Myanmar juga terhalang daripada melaporkan situasi keadaan sebenar di lapangan.

Orang ramai dilihat beratur panjang di mesin-mesin ATM untuk mengeluarkan duit dengan segera, susulan spekulasi matawang negara itu akan berdepan masalah.

Menurut Persatuan Perbankan Myanmar, institusi kewangan menghentikan sementara semua jenis perkhidmatan transaksi kewangan.

Kerajaan Amerika Syarikat dilapor mengecam rampasan kuasa itu. Washington "menentang segala cubaan mengubah keputusan pilihan raya terkini Myanmar dan menghalang peralihan kusa secara demokratik,"

Setiausaha Amerika, Antony Blinken menyeru supaya semua pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat sivil dibebaskan segera. Katanya "Amerika berdiri bersama rakyat Burma dengan aspirasi terhadap demokrasi, kebebasan, keamanan dan pembangunan. Pihak tentera mesti menghentikan tindakan ini dengan segera,"

Menteri Luar Australia, Marise Payne pula berkata, "Kami menyeru tentera menghormati undang-undang, untuk menyelesaikan pertikaian melalui mekanisme perundangan dan membebaskan segera semua pemimpin masyarakat dan lain-lain yang ditahan secara haram,"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan