SEORANG saintis dari Russia menyuntik dirinya dengan bakteria berusia 3.5 juta tahun kerana percaya tindakan itu boleh membuatkan usianya lebih panjang.
Dr Anatoli Brouchov dari Moscow State of University merupakan orang pertama menjumpai bakteria Bacillus F dalam tahun 2009, di pergunungan Siberia Wilayah Yakutsk. Bakteria itu terperangkap dalam ketulan ais, lebih jauh kedalamannya berbanding bangkai gajah purba berbulu panjang ditemui sebelum itu.
Bakteria itu dianggarkan berusia 3.5 juta tahun. Apa yang membuatkan dia merasa kagum ialah, meskipun usianya sudah begitu panjang, bakteria itu masih terus hidup.
FOTO | Dr. Anatoli Brouchov
Bukan itu sahaja, malah Bacillus F turut menyebabkan persekitarannya turut tidak dimamah usia. Kajian turut dijalankan bagi melihat kesan bakteria itu kepada tikus makmal, lalat buah, dan tanaman. Hasilnya sangat meyakinkan sampaikan seorang lagi pakar epidemiologi Rusia, Dr Viktor Chernyavsky menggelarkannya sebagai "elixir of life" (cecair ajaib kehidupan).
Bakteri itu memiliki nilai perubatan yang sangat hebat. Tikus betina yang didedahkan kepada bakteria itu hidup lebih lama, dan kekal subur meskipun sudah mencapai usia "nenek".
Manakala tanaman yang didedahkan kepada Bacillus F pula membesar dengan lebih cepat, selain mempunyai ketahanan lebih tinggi terhadap cuaca di bawah paras beku.
Penduduk di wilayah Yakutia juga didapati mempunyai umur lebih tinggi berbanding umur purata manusia, dipercayai mungkin kerana terdedah kepada Bacillus F menerusi sumber air minuman mereka selama ini.
Nampaknya bakteria ini tahu kaedah untuk hidup lebih lama, yang selama ini menjadi persoalan manusia.
Dr Brouchkov sanggup jadi tikus makmal
Buat masa ini Bacillus F belum lagi diuji ke atas manusia secara rasmi, justeru bagaimana ia berfungsi untuk memanjangkan umur belum lagi diketahui.
Namun Dr Brouchkov tidak bimbang menjadi manusia pertama sebagai 'tikus makmal' untuk menguji bakteria misteri itu. Menurutnya, sampai ke hari ini, tiada siapa pun tahu bagaimana aspirin berfungsi.
"Saya ingin sangat nak tahu," katanya.
Maka dia mengambil keputusan menyuntik dirinya sendiri dengan bakteria itu, untuk melihat apa akan terjadi. Namun dia mengakui tindakan itu tidak bersifat saintifik, kerana tidak dilakukan mengikut kaedah sains yang sepatutnya.
Dalam masa yang sama dia yakin tindakan itu tidak berbahaya, disebabkan bakteria itu banyak terdapat dalam sumber air di sekitar wilayah tempat ia ditemui.
"Lapisan air batu mencair, dan saya rasa bakteria ini tersebar ke persekitaran, ke dalam sumber air penduduk tempatan, orang-orang Yakut, sudah lama mereka terdedah dengan bakteria ini bersama air."
"Malah mereka nampaknya hidup lebih lama berbanding negara-negara lain. Jadi ia tak berbahaya kepada saya," katanya.
Pada tahun 2015, Dr Brouchkov mendakwa dia merasa lebih sihat berbanding sebelum ini. Katanya sudah 2 tahun dia tidak mengalami demam atau selsema sejak menyuntik bakteria itu ke dalam badannya. Tambahnya lagi dia juga merasa lebih bertenaga.
Post a Comment