Setahun terkandas di Singapura, lelaki pulang buat kejutan kepada isteri dan anak-anak

HANYA tuhan sahaja tahu betapa rindunya isteri dan anak-anak terhadap ayah mereka yang terkandas selama setahun di negara jiran Singapura. 
$ads={2}
Ini semua gara-gara pandemik Covid-19, menyebabkan rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Mujur masih ada teknologi dan sambungan internet membolehkan mereka berhubung setiap hari menerusi panggilan video, bertanya khabar, dan melepaskan rindu terhadap insan tersayang.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Singapura. Namun dia dikatakan pulang secara tiba-tiba untuk membuat kejutan kepada isteri dan anak-anak selepas setahun terkandas di negara jiran.

Lelaki pulang buat kejutan
FOTO | Isteri tak dapat menahan air mata lihat suami tiba-tiba muncul 

Isterinya dilihat tidak dapat menahan perasaan terus menitiskan air mata, sebaik sahaja melihat suaminya muncul secara tiba-tiba di muka pintu rumah, selepas memberi salam.

Anak-anak pula tentu sekali terkejut dan tergamam melihat kehadiran ayah mereka yang sebelum ini hanya boleh dilihat dalam telefon bimbit menerusi video call sahaja.

Rakaman peristiwa itu viral di media sosial selepas dikongsi menerusi aplikasi TikTok tiga hari lalu, dan mendapat puluhan ribu tontonan.

"Terkejut dapat surprise papa dia balik. Setahun tak jumpa sebab covid ni. 10 kali aku tengok, 10 kali aku menangis," tulis pengirim video berkenaan.

Komen TikTok

Beberapa pengguna TikTok lain turut mengakui terpaksa berpisah dengan suami dan ahli keluarga kerana bekerja di Singapura dan tidak dapat pulang akibat pelbagai kekangan dan halangan. 

Sumber | tiktok.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan