Thomas Edison pernah cipta 'telefon roh' untuk berhubung dengan orang mati

THOMAS EDISON terkenal sebagai seorang pereka paling produktif dalam sejarah moden, dengan lebih 1,093 rekaan dipatenkan membuatkan kita hairan dari mana dia mendapat begitu banyak hasil kreativiti.
$ads={2}
Selepas telefon digunakan secara meluas ketika awal abad ke 20, Thomas Edison beranggapan, mungkin manusia juga perlu berhubung dengan saudara-mara atau rakan yang sudah meninggal dunia.

Idea itu turut diterbitkan dalam Majalah Scientific America pada tahun 1920, di mana dalam salah satu ruangan menyiarkan temubual dengan Thomas Edison.

Thomas Edison
FOTO | Thomas Edison 11 Febuari 1921 ketika ulang tahun kelahiran ke 74 tahun

Selepas menempa pelbagai kejayaan, wartawan majalah itu bertanya kepada Thomas Edison, apa lagi akan dicipta olehnya selepas ini?

Thomas Edison merupakan pelopor kepada pelbagai ciptaan moden yang telah mengubah cara hidup manusia sampai ke hari ini, seperti telefon, mentol lampu, kamera dan antara rekaan paling penting dalam masyarakat hari ini iaitu bateri.

Reputasi tinggi diperolehi oleh Thomas Edison selepas menghasilkan pelbagai ciptaan berguna kepada dunia, menjadikan orang ramai tidak pernah meragui keupayaannya. 

Namun cuba menghasilkan alat untuk berhubung dengan orang mati, membuatkan semua orang tercengang kerana merasakan itu suatu yang mustahil dan menyimpang jauh dari realiti, termasuk di kalangan peminat tegarnya.

"Kebelakangan ini saya sedang mencipta sebuah mesin yang akan membolehkan pengguna untuk berkomunikasi dengan orang mati," jawab Thomas Edison (Scientific America, Oktober 1920).

Dalam senarai arkib yang menyimpan kebanyakan rangka ciptaan asal Thomas Edison, tidak dapat ditemukan 'blueprint' untuk telefon roh atau apa sahaja namanya berkaitan alat berhubung dengan orang mati.

Majoriti ahli sejarah menganggap selepas satu jangka masa tertentu cuba mencipta alat itu, Thomas Edison akhirnya mungkin akhirnya sedar bahawa mustahil untuk bercakap dengan orang mati, sebelum berputus asa dan membatalkan rekaan itu.

Bagi mengesahkan lagi kenyataan Thomas Edison, berdasarkan satu lagi temu bual dalam Majalah Scientific Amerika dia berkata seperti berikut,

"Saya sedang berfikir untuk mencipta sejenis alat bagi membolehkan manusia berkomunikasi dengan orang yang telah meninggal dunia."

"Saya tak percaya mana-mana individu yang telah meninggal dunia telah meresap hilang ke dunia lain. Namun ada kemungkinan untuk mencipta sejenis alat yang boleh menyalurkan mesej-mesej pada masa sebenar kepada orang mati,"

"Ini akan menawarkan satu kaedah lebih baik berkomunikasi dengan orang mati berbanding papan-papan ouija dan medium-medium psikik," katanya (Scientific America, 1920)

Apabila dia menyebut perkataan papan-papan ouija dan medium-medium psikik, menunjukkan bahawa Thomas Edison percaya dengan kewujudan roh, dan dia juga percaya manusia boleh bercakap dengan orang mati, sebab itulah dia mahu mencipta alat supaya proses itu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.

Sementara Thomas Edison mempercayai kewujudan roh, kebanyakan pihak media pula sebaliknya dan kenyataan itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menipu orang ramai supaya membeli rekaan sampah.

Sebagai seorang pereka, kita tentu sekali melihat Thomas Edison sebagai seorang yang percaya kepada sains bukannya roh-roh dan amalan mistik.

Sebilangan ahli sejarah berpendapat Thomas Edison cuba menggunakan konsep "telefon roh" untuk mengambil kesempatan terhadap sifat naif orang ramai yang sedang kesedihan selepas kehilangan insan tersayang dan sanak saudara semasa Perang Dunia Pertama.

Rekaan itu telah tersebar begitu cepat kepada pengetahuan umum menerusi pelbagai media dan benar-benar mencetuskan kontroversi sekaligus mencalarkan imejnya. Ketika itu orang ramai mula hilang kepercayaan kepada Thomas Edison.

Ramai di kalangan rakan-rakan terdekat Thomas Edison melihatnya sebagai cuba menafikan kewujudan dan kekuasaan tuhan.

Perkara itu juga turut disanggah oleh ramai pakar-pakar spiritual antaranya Sir Oliver Lodge dan Sir William Crookes. Mereka menganggap Thomas Edison terlalu asyik dengan ciptaannya sehingga hilang kewarasan akal.

Khabar angin tersebar

Dalam masa yang sama muncul pula khabar angin dari kalangan pasukan pereka cipta yang bekerja secara dekat dengan Edison. Menurut khabar angin itu, prototaip akhir rekaan tersebut telah dihasilkan dan ia berfungsi.

Prototaip itu dikatakan telah dibeli oleh seorang lelaki kaya, kerana menganggap dia telah membeli prototaip gramofon (perakam) Edison yang pertama. 

Beberapa tahun kemudian selepas Thomas Edison meninggal dunia, pemilik prototaip itu telah cuba memainkannya sebagai sebuah perakam. Namun dia terkejut kerana boleh mendengar suara Edison dari alam lain.

Kalau kita lihat cerita seperti ini kedengaran saling tak tumpah seperti lain-lain kisah mitos dan tahyul. Namun dalam tahun 1950, seorang lelaki bernama Friedrich Jurgenson telah menjalankan kajian untuk bercakap dengan orang mati.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, juga merujuk kepada hasil kajian para penyelidik di masa lalu, termasuk konsep yang dibangunkan oleh Edison, Jurgenson mendapati roh-roh orang mati boleh bercakap menerusi 'kebisingan putih' (white noise) iaitu bunyi dengan ketumpatan spektral rata.

Selepas merakam bunyi-bunyi ini, suara roh-roh orang mati boleh dengar apabila rakaman itu dimainkan secara terbalik.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan