Annuar Musa hina akar umbi Umno kata Tajuddin

KENYATAAN bercanggah dikeluarkan oleh Annuar Musa mendakwa kepimpinan Umno negeri dan bahagian akan terus bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan satu penghinaan kepada akar umbi, kata Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Pengarah Pilihanraya Umno itu dipetik oleh Utusan Malaysia berkata, bekas setiausaha agung Barisan Nasional yang dipecat itu perlu menghormati pendirian ahli majlis tertinggi Umno menolak kerjasama dengan PPBM.

Tajuddin Abdul Rahman

"Malah semua bahagian Umno Kelantan kecuali Ketereh secara sebulat suara menolak kerjasama dengan PPBM. Jadi dari mana Annuar Musa dapat informasi itu?" katanya.

Annuar Musa merupakan Ahli Parlimen dan juga ketua bahagian Umno Ketereh.

"Maka kenyataan dia dilihat menghina akar umbi Umno, jadi Annuar perlu jawab dari mana dia dapat maklumat ini," kata Ahli Parlimen Pasir salak itu.

Menurut Tajuddin, dia sendiri menyaksikan 'mood' ahli akar umbi Umno yang menolak kerjasama dengan PPBM.

"Malah saya sendiri sebagai pengarah pilihanraya Umno telah turun ke lapangan untuk melihat sendiri 'mood' ahli-ahli yang menolak hubungan dengan PPBM," tambahnya.

Utusan Malaysia melaporkan bahawa Annuar menerusi kiriman di Facebook semalam berkata lebih ramai pemimpin Umno negeri dan bahagian akan muncul menyatakan sokongan kepada PPBM.

Menteri Wilayah Persekutuan itu sebelum ini dilapor telah dipecat dari jawatan setiausaha agung Barisan Nasional selepas dilihat secara terang-terangan menyokong parti PPBM, yang diketuai oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Malah dia juga sering dilihat mempertahankan PPBM daripada serangan pemimpin-pemimpin dari partinya sendiri.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan