China dan Rusia mahu bina stesen kajian di bulan

KERAJAAN China dan Rusia dilaporkan telah bersetuju secara bersama untuk membina sebuah stesen kajian saintifik antarabangsa di bulan.

Ketua Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA) dan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia, Rocosmos telah menandatangani satu memorandum persefahaman pada hari Selasa (9 Mac 2021) berhubung pembinaan sebuah pusat kajian diberi nama Stesen Kajian Antarabangsa Bulan (ILRS).

China dan Rusia mahu bina stesen kajian di bulan

"ILRS merupakan sebuah pengkalan komprehensif eksperimen saintifik dengan kemampuan beroperasi sendiri untuk jangka panjang, dibina di permukaan atau orbit bulan yang akan menjalankan aktiviti kajian saintifik pelbagai disiplin dan objektif, seperti penerokaan dan utilisasi bulan, pemerhatian berpengkalan di bulan, serta eksperimen saintifik dan verifikasi teknikal," kata CNSA dalam satu kenyataan dikeluarkan pada hari selasa.

CNA dan Roscosmos akan "mempermudah kerjasama lanjut di ILRS, dan membuka peluang kepada negara-negara berminat dan kerjasama antarabangsa, memperkukuh perkongsian kajian saintifik, mempromosi penerokaan manusia dan menggunakan angkasa lepas bagi tujuan keamanan," katanya.

Pengumuman CNSA itu bagaimanapun tidak memaklumkan bila pembinaan stesen kajian bulan itu akan dimulakan.

Amerika Syarikat dilaporkan sedang mebjalankan usaha penerokaan bulan menerusi Program Artemis. Jika semua perancangan berjalan lancar, Artemis akan menghantar angkasawan ke permukaan bulan sekitar tahun 2021—2030 dan membangunkan kaedah jangka panjang memastikan kehadiran manusia di sekitar bulan.

NASA berharap usaha itu akan membantu egensi itu di dalam rancangan untuk menghantar angkasawan ke planet Marikh dalam tahun 2030.

Program Artemis turut dilakukan bersama pihak lain seperti syarikat-syarikat swasta, dan beberapa negara lain. Setakat ini 8 buah negara telah menandatangani Muafakat Artemis, dan menunjukkan kesungguhan mereka untuk terlibat di dalam program berkenaan.

Negara ke sembilan, iaitu Brazil juga telah menunjukkan minat menurunkan tandatangan dalam muafakat itu.

Negara Rusia dan China bagaimanapun tidak tersenarai di kalangan negara-negara yang telah menandatangani muafakat berkenaan. 

Rusia sebelum ini telah bekerjasama secara meluas dengan Amerika Syarikat di dalam bidang kajian angkasa, terutama berkaitan program Stesen Angkasa Lepas (ISS), namun ketua Roscosmos Dmitry Rogozin baru-bari ini mengatakan negara itu tidak akan menyertai program Artemis.

Negara China pula tidak boleh bekerjasama dengan NASA di dalam penerokaan bulan, tanpa pindaan atau kewujudan undang-undang baru di Amerika Syarikat. 

Ini kerana sejak tahun 2011, dasar sains dan teknologi NASA dan White House melarang sebarang hubungan kerjasama angkasa lepas dengan China, sebelum mendapat kelulusan Kongres Amerika bagi melakukan kerjasama seperti itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan