Tiada lagi SMS TAC Maybank2u untuk transaksi online

BERMULA pada 15 Mac 2021 dan seterusnya, Maybank dilapor tidak akan mengeluarkan SMS TAC (Transaction Authorisation Code) bagi meluluskan transaksi atas talian terpilih menerusi Maybank2u sebaliknya kaedah Secure2u akan digunakan sebagai ganti.

Maybank2u

Para pengguna perlu menggunakan Secure2u untuk memberi kebenaran dan kelulusan bagi bayaran bil dan pemindahan wang antara bank bagi sebarang amaun menerusi Maybank2u.

Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya, langkah itu merupakan sebahagian dari usaha menyediakan para pelanggan dengan keselamatan perbankan online yang lebih baik.

Berdasarkan laman sesawang itu, Secure2u "memadankan peranti anda dengan User ID Maybank2u," memberikan "tahap keselamatan tambahan kerana semua transaksi dimulakan hanya boleh diluluskan menerusi peranti-peranti berdaftar,"

Maybank mendakwa bahawa Secure2u adalah kaedah lebih selamat dan terdapat juga cara lebih mudah bagi meluluskan transaksi-transaksi sama ada menerusi Secure Verificatin (kelulusan ketikan-tunggal) atau Secure TAC (nombor enam digit dijana oleh aplikasi mobile Maybank2u).

Secure Verification membolehkan pengguna Maybank2u meluluskan atau menolak transaksi atas talian di peranti apabila penggera notifikasi berhubung transaksi berkaitan dihantar ke telefon mereka.

Selain itu, Secure TAC membenarkan pengguna untuk meluluskan transaksi-transaksi online di laman sesawang Maybank2u dengan mengisi nombor TAC enam digit diperolehi dari aplikasi berkenaan.

Sekiranya pengguna telah mendaftar Secure2u, maka perkhidmatan itu akan menjadi kaedah utama untuk semua transaksi.

Bagi mengaktifkan Secure2u, pengguna boleh bermula dengan memuat turun aplikasi Maybank2u MY di Google Play atau Apple App Store. Ketik tab menu di bahagian kiri dan pilih Secure2u. Seterusnya, anda hanya perlu mengikuti segala arahan diberikan. Anda akan diminta untuk memasukkan password dihantar ke telefon, memasukkan nombor ID sebelum menekan butang 'submit'

Satu lagi aplikasi Maybank berasingan iaitu Mae juga menggunakan kaedah ketikan-tunggal. Para pengguna akan menerima satu notifikasi penggera di telefon mereka dan mereka mempunyai masa selama 50 saat untuk meluluskan atau menolak transaksi di aplikasi berkenaan.

Syarikat itu sebelum ini mewajibkan Secure2u sebagai satu-satunya pilihan untuk membenarkan transaksi berjumlah RM5,000 ke atas bermula pada 16 Febuari, dan seterusnya untuk transaksi RM4,000 dan ke atas pada 24 Febuari.

Kini, Secure2u merupakan kaedah meluluskan transaksi bernilai RM3,000 dan keatas bermula sejak 8 Mac. Selepas setiap hari ia berkuat kuasa, tiada lagi SMS TAC dijana untuk para pengguna.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan