Satu pagi di Masjid Kg Pulau Melaka



KALI ini ReJaM ingin berkongsi pengalaman dengan para pembaca BloG MiLo SuaM tentang pengalaman ReJaM di dalam lawatan ke negeri Kelantan.

Pagi tadi ReJaM berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana rutin harian yang dilakukan oleh Mursidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, pada setiap pagi.

Beliau memulakan hari ini dengan melaksanakan solat Subuh di masjid Pulau Melaka di hadapan rumah beliau bersebelahan Sekolah Arab Darul Anuar.

Subuh pagi tadi ReJaM sempat melaksanakan solat subuh berimamkan Menteri Besar kesayangan Rakyat Kelantan itu. Sejurus selepas solat subuh, beliau memberi tazkirah Subuh kepada para hadirin yang hadir.

Dalam tazkirah tersebut, beliau ada menyentuh isu semasa berkaitan pembunuhan Datuk Sosilawati.

Beliau juga ada melahirkan rasa hairan dan terkejut melihat rumah suspek yang dilawatinya begitu indah, "Dua hari lepas saya pergi ke rumah suspek pembunuhan, ya Allah, ada juga rumah seindah ini di dunia ini?" katanya.


Sejurus selepas menamatkan tazkirah ringkas yang sepanjang kira-kira 10 minit itu, beliau mengadakan majlis bercukur rambut dan Tahniq berikutan ramai pasangan yang datang membawa bayi-bayi mereka.



ReJaM© "Semoga rakyat Kelantan terus dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan