Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau turut berkongsi beberapa keping gambar ketika menerima suntikan vaksin oleh petugas kesihatan yang terlibat di halaman Facebook rasminya.

Anwar terima suntikan vaksin Covid-19



"Saya telah selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi ini," katanya.

Ketua Pembangkang itu turut menggesa rakyat Malaysia agar jangan berlengah dan segera mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera. 

Beliau turut mencadangkan agar pihak berkaitan mempermudahkan proses pendaftaran dan pelaksanaan vaksinasi yang dilihat agak rumit kerana perlu mengisi borang dan melalui semakan.

"Saya cadang permudahkan proses pendaftaran dan tatkala mengambil vaksin, memandangkan terlalu rumit dengan borang dan semakan," ujarnya.

Beliau juga menyeru rakyat meningkatkan pembacaan tentang vaksin supaya orang ramai sedar tentang kepentingan vaksin.

"Penting juga untuk kita keluar dari zaman sakit ini dan seterusnya dapat kita membina serta memulihkan ekonomi kita," katanya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan petugas perubatan diketuai oleh Dr Murugesu Raju atas khidmat serta kerjasama baik diberikan sepanjang proses berlangsung.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan