MB Selangor sokong Menara Warisan?

Portal umum Malaysian Insider melaporkan di dalam laman webnya bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyokong tindakan kerajaan Barisan Nasional membina menara Warisan Merdeka setinggi seratus tingkat yang menjadi perdebatan hangat masa kini. Pendapat itu dilihat agak pelik kerana Menteri Besar Selangor itu seolah-olah menentang arus kerana kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat menentang pembinaan menara yang disifatkan sebagai membazir itu.


Apapun mungkin terdapat kesilapan ke atas laporan di Malaysian Insider, Menteri Besar Selangor telah memperbetulkan laporan itu di dalam twitternya. Maka jelas sekali Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menyokong pembinaan menara Warisan Merdeka itu. Di dalam tulisannya beliau menegaskan "Selangor sedia kerjasama dengan Persekutuan demi bangunkan Lembah Klang, tetapi tidak menyokong projek mega seperti Menara Warisan Merdeka". Berikut screenshot twitter beliau.




ReJaM©

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan