Info yang sudah lama namun ReJaM© rasa sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada para pembaca yang belum mengetahui hal ini. Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V Tuanku Muhammad Faris Petra Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang telah bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bersemayam di Istana Negeri, baginda telah memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.
Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).
Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.
Sebenarnya beberapa lagi pembaharuan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra demi ketinggian syiar Islam dan demi kebaikan rakyat jelata, lihat dan tunggulah pengumuman-pengumuman mengenainya nanti.
Berikut salah satu bukti bahawa istilah "Daulat tuanku" telah diubah kepada "Allahuakbar" di dalam ucapan tahniah kepada baginda Tuanku Sultan. Sila klik untuk membesarkan image.

bagus ... tindakan yg mulia
ReplyDeleteSweet....
ReplyDeleteKalau Sultan Johor pun sama kan bagus =( tapi tetap bersyukur ada sultan mcm sultan johor... ok jugak... =)
ReplyDeletealhamdulillah, semoga Allah merahmati tuanku, Allahuakbar
ReplyDeletel0ng live the king
ReplyDeletetentu bangga rakyat kelantan bersultankan sultan yg tinggi martabat imannya.. Allahuakbar!
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletemakasih ya ALLAH...aku amat brsyukur ats nikmat MU ini..kekalkan qlantan dgn diperintah oleh org2 soleh...
aku juga doakan moga negeri2 kalian turut sama dpt rasai nikmat ini...usaha n doa lah jgn putus2
ok,salam
Syabas Tuanku!!!
ReplyDeleteSyabas, Tuanku!
ReplyDeletealhamdulilah
ReplyDeleteKalau sultan pun sudah mengguna slogan membesarkan Allah lebih dari slogan membesarkan diri sendiri....maka apakah first lady lebih besar dari sultan...puak2 sana tu sanggup ketepikan slogan agung ini hanya kerana bencikan parti lawan yg menggunakan slogan tersebut...makanya apakah takbir solat boleh digunakan hiddduuuuuup melayu ?
ReplyDeleteAllahuakhbar! spatutnya semua raja mcm ni. apa hukum bila kita ckp "ampun tuanku, sembah patik harap diampun" aku xkan cakap benda ni walaupon depan raja. maaflah. bkn nak plekeh kuasa raja. tp sembah patik hanya pd yg Esa. sekian.
ReplyDeleteAllahuakhbar! Semoga Tuanku terus kekal sihat, subur dalam iman & terus berkuasa di atas semayam Negeri Kelantan demi pemerintahan yg adil & saksama serta berlandaskan Islam... Amin! Allahuakhbar!
ReplyDeleteKalau betul ini dari hati tuanku... Alhamdulillah... telah tiba pemimpin yg aku nanti2kan.. Allahuakbar!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rasa bangga sgt2. Semoha ALLAH mengurniakan kesejahteraan pada baginda. Amin.
ReplyDeletet.kasih tuanku....saya sbagai rakyat kelantan bbangga dgan pgunaan allahuakbar ni....allahuakbar..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Bangga dengan sultan camni. Banyak lagi kelebihan Tengku Faris yang boleh dibanggakan. Seorang yang bergelar sultan berselipar, berjubah dan berkopiah menziarahi masjid berjemaah bersama rakyat tanpa dibentangkan permaidani atau persiapan serba kuning dsbnya.Serba sederhana. Sama sepadan sehati sejiwa dengan Tok Guru Nik Aziz. Aduh.... bahagianya.
ReplyDeleteDirnia....Alhamdulillah...syukur atas pimpinan tok guru kita sehingga sultan pon dah lembut hati serta sedar dan ubah apar yg x sepatutnya berlaku....teruskan yang berbahagia sultan..(yang mulia hanya untuk TUAN EMPUNYA dunia...sekian ALLAHHUAKBAR
ReplyDeletesultan mane yg pernah mengimamkan solat hajat untuk ayahanda sendiri??
ReplyDeletesultan kelantan...
ALLAHUAKBAR!!!
tak sabar rasenye bile sultan muhammad v nak naik jadi agong....
guanodemo?
baru jo lo sultan gini....harap2 Allah sentiasa memberi rahmat dan hidayah untuk menegakkan syiar ISLAM d bumi Allah s.w.t dan menjalankan pemerintahan yang adil saksama untuk kebakan seluruh rakyat...
ReplyDeleteko guano?
Post a Comment