Remaja ditembak mati di Ipoh

Lagi kisah remaja mati ditembak, tapi kali ini bukan ditembak oleh Polis, remaja berkenaan mati ditembak oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang bersenjatakan pistol. Malaysia ni dah macam dalam cerita filem tembak-tembak Hong Kong dah.

Seorang remaja mati selepas ditembak seorang lelaki bersenjatakan pistol di depan sebuah pasar mini di Taman Bertuah, Kampung Tawas, di Ipoh, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata, Regan a/l Mani, 17, mati di tempat kejadian akibat ditembak tiga das dari jarak dekat dalam kejadian pada 6.30 petang itu.

Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Azisman berkata siasatan polis mendapati penjenayah itu menaiki sebuah motosikal bersama seorang kawannya.

Ketika kejadian, Regan sedang minum bersama beberapa rakannya di hadapan kedai berkenaan, katanya.

Azisman berkata polis belum mengetahui punca kejadian.

Beliau meminta sesiapa yang melihat kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Ipoh di nombor telefon 05-2451500 untuk membantu siasatan. mk


ReJaM© "Diorang ni banyak terpengaruh cerita Hong Kong kot..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan