Petaling Jaya, Tomboy dera kucing, didenda RM400



JANGAN ingat menzalimi haiwan di tempat awam anda akan terlepas dari hukuman. Tindakan anda mungkin dirakam CCTV.

Seorang penjaja wanita didenda RM400 atau penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini setelah sabit pertuduhan menzalimi tiga ekor kucing, di Pasar Seri Kembangan di sini Februari lalu.

Tindakan dia rupanya dirakam oleh CCTV (kamera litar tertutup) di pasar itu yang kemudian dimuat turun ke laman sosial facebook, lapor Bernama Online.

Banyak pihak terkejut melihat di facebook memaparkan kezaliman dilakukan ke atas haiwan berkenaan hingga mendorong seorang pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar bertindak mendakwa penjaja berkenaan.

Penjaja itu menghadapi dua pertuduhan menzalimi tiga ekor kucing pada tarikh tersebut.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhi hukuman itu terhadap Chow Xiao Wei, 21, selepas dia mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama, Chow didakwa dengan zalim memukul, menendang dan menyakiti dua ekor kucing depan sebuah gerai di pasar berkenaan antara 4.25 petang hingga 5 petang, pada 19 Februari lalu.

Di bawah pertuduhan kedua, Chow didakwa tanpa sebab yang munasabah telah melakukan perbuatan tidak wajar yang menyebabkan kesakitan serta penderitaan terhadap seekor lagi kucing pada tempat, masa dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jamadi Badri dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Tertuduh tidak diwakili peguam.



ReJaM© "Kucing pun nak hidup juga, janganlah zalim tak tentu pasal..."

[TMI]

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan