Najib teruja kali pertama menaiki bas!

BERNAMA online di dalam salah satu berita bertajuk "Najib teruja naik bas untuk temu rakyat" melaporkan bahawa ia merupakan kali pertama Perdana Menteri menaiki bas bersama isterinya Rosmah [Bernama].


Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad menegur wakil rakyat BN supaya mengubah imej mewah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu [Malaysiakini].

Berita Najib naik bas bersama isteri sebenarnya satu berita yang amat pelik. Tidak mungkin Perdana Menteri yang biasa hidup mewah dilimpahi kesenangan hasil keringat rakyat, sanggup bersusah payah menaikki bas.

Lebih pelik, bila Rosmah Mansor dilaporkan turut sama mengikuti Najib. Ini berita mustahil, patut jadi benda ke lapan paling ajaib dalam dunia. ReJaM© secara peribadi merasakan ada yang tak kena dengan berita ini.

Sama juga dengan berita, Rosmah tak suka bershopping, mana mungkin orang akan percaya! Begitu juga dengan berita berat badan Rosmah kini tinggal 50 kg, kambeng pun tak akan percaya.

Namun selepas ReJaM© meninjau pelbagai sumber di internet, barulah faham. Rupanya Rosmah bersama Najib menaikki bas mewah. Maka tak hairanlah...




ReJaM© "Pemimpin macam ni nak faham kesusahan rakyat? Puih..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan