Video lelaki dibelasah sebab bakar bendera Terengganu

BERITA seorang penyokong Negeri Sembilan dibelasah teruk akibat membakar bendera Terengganu di Stadium Shah Alam semalam menjadi begitu hangat dan kontroversi, rujuk sini [Bakar bendera]

Timbul satu lagi versi cerita kononnya tidak ada berlaku pergaduhan, sebaliknya penyokong bola sepak Negeri Sembilan tersebut terjatuh kerana terlalu gembira meraikan kemenangan Negeri Sembilan ke atas Terengganu.

Di bawah ini gambar yang menimbulkan kontroversi sejak semalam.


Buat pengetahuan pembaca semua, salah seorang krew MiLo SuaM turut sama berada di lokasi kejadian di stadium semalam. Malah beliau turut sama terlibat meleraikan pergaduhan tersebut.

Rakaman video di bawah membuktikan bahawa memang berlaku pergaduhan di stadium semalam. Di mana sekumpulan penyokong Terengganu mengejar dan memukul seorang penyokong Negeri Sembilan beramai-ramai.


Secara rasionalnya, penyokong Terengganu tidak mungkin akan berganding tenaga dan bersatu padu memukul seorang penyokong Negeri Sembilan tanpa kesalahan yang besar seperti membakar bendera.

Bagaimanapun, tinjauan MiLo SuaM ke lokasi stadium siang tadi gagal menemukan cebisan bendera yang terbakar. Barangkali sudah dibersihkan oleh pihak pengurusan stadium.

ReJaM© "Kalau nak kena belasah, bakarlah bendera negeri lain..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan