Penternak lembu desak kerajaan sedia dana RM250 juta

PROJEK lembu negara diberi kepada keluarga menteri, diberi juga pinjaman wang yang banyak iaitu RM250 Juta, ditambah dengan peruntukan sebanyak RM7 Juta [Sumber].

Keluarga menteri yang tiada pengalaman bela lembu diberi duit berjuta-juta untuk uruskan ladang ternak lembu.

Bila orang tiada pengalaman disuruh bela lembu, hasilnya dia belasah bela lembu dalam kondo mewah [Shahrizat kantoi].

Bukankah lebih baik dana sebanyak itu diberi kepada penternak lembu yang sudah sedia hebat dan pakar di dalam bidang ini?

RM250 Juta kalau diberi kepada penternak lembu, boleh manfaatkan lebih 500 rakyat yang berpengalaman lebih 10 tahun membela lembu [Sinar].


Keluarga Shahrizat yang tiada pengalaman bela lembu diberi pinjaman mudah RM250 juta dengan kadar interest yang rendah (2%), penternak yang berpengalaman susah nak dapat pinjaman kenapa?

Kerana Malaysia ditadbir oleh pemimpin-pemimpin berotak lembu. Pemimpin seperti ini hanya pandai cari jalan bagaimana untuk mengenyangkan perut anak beranak mereka, suku sakat mereka.


ReJaM© "Keluarga menteri, bela nyamuk pun boleh dapat peruntukan berjuta"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan