Portal Kosmo pulak kena godam (hacked)?

PAGI tadi ReJaM© ada siarkan cerita pasal portal 1 Malaysia Najib kena hack dengan hacker dari Indonesia, rujuk sini [kena hack].

Baru sekejap tadi pulak salah seorang kawan hantar mesej di facebook memaklumkan bahawa portal berita Kosmo pulak kena hack.

Dalam hati, "Wah betul-betul kena teruk Malaysia kali ni..."

Bila ReJaM© tinjau link portal Kosmo yang dimaksudkan, bukan kena hack rupanya tapi admin yang update portal tu mengantuk agaknya, maklumlah kena kerja pagi-pagi buta.

Tajuk "Abai ibu bapa selepas dapat harta" baca tajuk macam kisah anak lupa daratan, tapi tunjuk gambar orang bagi sumbangan pulak kah kah kah...



ReJaM© "Kalau kena hack bagus juga, Kosmo ni satu kapal dengan Utusan Syaitan..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan