Tuduhan berat! Bersih 3.0 mahu gulingkan Agong?

SEBUAH email dikirim oleh salah seorang sahabat pembaca berhubung penyebaran risalah "perang saraf" menggunakan kanak-kanak untuk menanam kebencian rakyat Johor kepada Bersih 3.0.

ReJaM© rasa tak perlulah ulas banyak tentang isu ekploitasi kanak-kanak bagi tujuan politik sempit ini, korang baca sajalah di sini [ASD].

Apa yang ingin ReJaM© ulas ialah berkenaan salah satu kandungan risalah "perang saraf" tersebut yang begitu jelas menuduh Bersih 3.0 mahu menggulingkan Yang Dipertuan Agong.

Risalah itu memaparkan kononnya dua orang lelaki memakai baju kuning membawa risalah gambar Agong dengan tulisan "Republik" seolah-olah mereka menyokong usaha menghapuskan Agong untuk menubuhkan negara Republik (tanpa sultan).



Jawatankuasa Bersih 3.0 patut membuat laporan polis terhadap risalah berbaur fitnah jahat ini. Lelaki yang terpapar wajahnya di dalam risalah ini harus disiasat. Ini merupakan satu tuduhan berat.

Tiada mana-mana di dalam 8 tuntutan Bersih untuk menggulingkan Agong atau menubuhkan negara republik. Pihak yang mencetak risalah seperti akhbar ini juga harus disiasat. Kalau kamu betul-betul di pihak yang benar sila tunjukkan diri!

Jika dakwaan kamu di dalam risalah ini adalah fakta, sila dedahkan identiti kamu supaya senang tindakan undang-undang diambil. Supaya kamu boleh disaman seperti Utusan Malaysia.

Ini namanya perang saraf "hit and run", fitnah-fitnah lepas tu lari tak mahu bertanggung jawab.

ReJaM© "Patutlah gunakan budak-budak, rupanya nak sebar fitnah tak berani tunjuk muka... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan