Lawak! Utusan kata Malaysiakini putar belit kenyataan

LAGI berita lawak merapu dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini kononnya Malaysiakini memutar belitkan kenyataan bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berhubung isu hudud.

Utusan Malaysia yang berulang kali kalah saman fitnah di mahkamah dan diarahkan membayar ratusan ribu ringgit nampaknya sudah jadi akhbar tak sedar diri.

Lihat laporan akhbar tersebut di bawah ini.



Utusan Malaysia lapor Malaysiakini putar belit kenyataan Dr Asri, tapi apa pula kata Dr Asri sendiri? Lihat kenyataan Dr Asri di akaun twitter beliau di bawah ini.



Menurut Dr Asri, laporan Malaysiakini adalah benar tapi tidak menyeluruh dan Dr Asri menjemput orang ramai membaca tulisan secara menyeluruh di blognya.

Umum mengetahui ruangan berita di Malaysiakini adalah terhad, tentu sekali tidak dapat mengulas keseluruhan artikel tulisan Dr Asri. Namun Dr Asri mengakui laporan tersebut adalah benar.

Sebaliknya Utusan Syaitan menokok tambah cerita kononnya Dr Asri membidas Malaysiakini kerana memutar belit kenyataannya.

ReJaM© "Sebenarnya Utusan Syaitan yang putar belit... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan