Pesawat batal lagi, para penumpang tersadai di Airport Kota Kinabalu

DIFAHAMKAN, pesawat yang dijadualkan berlepas dari lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah ke beberapa destinasi dibatalkan lagi penerbangannya semalam. Ramai penumpang yang tersadai di sana.

Menurut koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa yang turut berada di tempat kejadian, beliau terpaksa bermalam di Kota Kinabalu kerana pesawat Air Asia yang dijadual menerbangkannya ke Kuala Lumpur, sekali lagi dibatalkan.

Kos penginapan terpaksa ditanggung sendiri, malah menurutnya pihak Air Asia langsung tidak mempedulikan nasib para penumpang yang menjadi mangsa. Malah seteguk air minuman pun tidak diberikan apatah lagi tempat penginapan.

Ini merupakan kali kedua pembatalan pesawat beliau yang dijadualkan berlepas sebelum Hari Raya Aidil Adha kelmarin. Fariz betul-betul kecewa, sudahlah tidak dapat berhari raya bersama keluarga, terpaksa pula menanggung kos penginapan yang mahal gara-gara pengurusan yang lembab.

Menurut Fariz lagi, beliau terpaksa beratur lebih 2 jam untuk menukar tiket gara-gara penerbangannya kelmarin dibatalkan. Namun semalam penerbangannya sekali lagi dibatalkan.

Kita tunggu khabar berita dari beliau hari ini, adakah pesawat beliau akan dibatalkan lagi atau sebaliknya.


Sent from my BlackBerry®

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan