Sekat Sarawak Report strategi bodoh

‎AKU tahu kerajaan Malaysia bertindak menyekat laman web pembocor maklumat Sarawak Report bukan dari kerajaan sendiri ataupun laporan berita. 

Sebaliknya aku tahu daripada orang ramai, kawan-kawan dan kenalan yang berulang kali tanya macam mana nak buka laman web Sarawak Report.

Mereka sebelum ini antara golongan yang tidak peduli pun berapa billion wang 1MDB hilang, RM2.67 billion masuk ke akaun peribadi Najib untuk apa, dan berapa banyak 'budak cina' nama Jho Low dah curi duit 1MDB. 

Namun kini mereka mula tertanya-tanya‎ (curious) apa yang hebat sangat Sarawak Report sampaikan sebuah kerajaan seperti Malaysia terpaksa ambil tindakan menyekat akses ke laman web itu.

‎Dari situlah aku faham bahawa akses kepada laman web Sarawak Report telah disekat oleh kerajaan Malaysia. 

Paparan mesej ringkas oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM yang mendakwa laman itu melanggar undang-undang negara apabila pengguna melawat web tersebut mengesahkan lagi dakwaan itu.

‎Kesimpulannya, dulu ramai orang yang masih tak peduli dengan pendedahan Sarawak Report. Tapi selepas ia disekat semakin ramai orang nak tahu kandungan web itu.

Sekatan itu juga menjejaskan kredibiliti SKMM apabila sekatan yang dilakukan terlalu 'longgar' di mana dengan hanya menggunakan cara mudah seperti menukar aturan DNS, pengguna sudah boleh kembali mengakses laman tersebut.

Malah ilmu yang diperolehi untuk mengakses Laman Sarawak Report yang disekat boleh juga digunakan untuk membuka laman lain yang turut disekat gunakan cara yang sama, antaranya laman lucah.

‎"Sekat Sarawak Report strategi bodoh"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan