KEADILAN ajak anak muda tumbangkan BN di kerusi-kerusi marginal

JIKA anda seorang aktivis, professional atau rakyat Malaysia yang mahukan perubahan, ini peluang untuk menyumbang di lapangan dengan memfokuskan di kerusi-kerusi yang BN menang tipis dalam PRU13.

KEADILAN akan melancarkan satu program bernama iNVOKE ("Innovative Volunteerism for KEADILAN") khusus untuk sukarelawan membantu di lapangan di 24 kerusi Parlimen marginal. Anda akan dilatih dan diberikan tugasan khusus di kerusi Parlimen yang khusus. 

Daftar di bit.ly/InvokeMalaysia atau email invoke.malaysia@gmail.com

Hadiri pelancaran dan bengkel pertama iNVOKE di Shout, Hotel Empire, Subang pada 16 November 2015 (jam 830 malam) bersama-sama YB Rafizi Ramli, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Dato' Saifuddin Abdullah, YB Wong Chen dan Dr Fahmi Ngah.

Berita lanjut:

PKR tiru idea Obama, lancar 'Invoke', dapatkan sokongan kerusi marginal

Dalam usaha mendekatkan aktivis dan profesional dengan realiti sebenar melibatkan masyarakat tempatan, PKR akan melancarkan satu program baharu esok yang diharap mampu mendorong sokongan kepada kerusi marginal bakal ditandingi pada pilihan raya akan datang, dan pada masa sama memperkasakan masyarakat.

"Invoke", yang diilhamkan pengelola Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama semasa menjadi penganjur komuniti di Chicago, akan dilancarkan di Hotel Empire Subang esok oleh beberapa pemimpin atasan PKR seperti, Setiausaha Agung Rafizi Ramli, Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad, Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Sekitar 1985 dan 1988, Obama bekerja sebagai penganjur komuniti di Chicago, jawatan beliau dakwa sebagai kelayakan utama baginya bertanding jawatan presiden pada 2008, yang akhirnya dimenangi.

Tema penganjuran aktiviti kemasyarakatan adalah penting bagi kejayaan kempen presiden Obama – di mana beliau membantu menyatukan dan merangsang masyarakat terpinggir mengambil tindakan bersama menyelesaikan masalah mereka dengan meletakkan tekanan ke atas negeri atau mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.

PKR sedang mencontohinya dengan mewujudkan satu "platform" di mana golongan profesional, pelajar dan aktivis boleh menggunakan kemahiran dan kepakaran mereka membantu masyarakat setempat, berdasarkan isu-isu tempatan.

"Ia adalah pendekatan yang sangat praktikal," kata Nik Nazmi kepada The Malaysian Insider.

"Ramai aktivis dan profesional, mereka mempunyai kelebihan. Ini adalah platform bagi mereka untuk menyumbang – doktor boleh menyumbang dalam kem perubatan, atau seorang peguam boleh mengadakan bengkel undang-undang," katanya.

Program ini akan dilancarkan di seluruh negara, dan dimulakan dengan memberi tumpuan kepada kerusi marginal di mana PKR bertanding.

"Kami menghubungkannya dengan strategi politik kami," kata Nik Nazmi.

Pakatan pembangkang mengenal pasti 30 kerusi marginal menjelang pilihan raya akan datang, dan 24 daripadanya akan ditandingi PKR.

"Ideanya adalah pergi ke tempat di mana terdapat isu-isu penting untuk bercakap tentangnya dan melihat bagaimana kita boleh menghubungkan aktivis dan masyarakat bagi mencari penyelesaian setempat," katanya.

"Terdapat banyak daripada mereka yang mempunyai minat mendalam dan suka bercakap. Kami berhasrat membawa mereka turun padang dan membantu mereka membuat perubahan," katanya.

Program ini diketuai sekumpulan profesional muda, dan pasukannya akan diumumkan esok semasa pelancaran "Invoke".

Pemimpin parti akan memberikan "bimbingan" kepada mereka, kata Nik Nazmi.

"Mereka akan mengendalikannya dengan cara day-to-day basis," katanya.

Matlamat utama "Invoke" adalah membina "inisiatif berasaskan komuniti yang kuat."

"Invoke berusaha menjana anjakan kuasa di mana orang-orang yang memerlukan akhirnya menerima, mengikut agenda sering tidak sejajar ditetapkan di tempat lain, mengambil tindakan sendiri dan membawa perubahan," bahan promosinya berbunyi.

Invoke terbuka kepada penyertaan orang ramai dengan satu faktor persamaan iaitu "minat mendalam" terhadap khidmat masyarakat dan bertindak melakukan sesuatu berbanding hanya menjadi pengkritik pasif — 15 November, 2015.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan