Kanak-kanak tadika sudah diajar tentang politik di UK

BARANGKALI ramai yang sudah sedia maklum tentang referendum yang sedang berjalan di United Kingdom, UK, atau juga dikenali sebagai 'brexit'. Kerajaan UK sedang mengadakan pungutan suara sama ada rakyat negara itu memilih untuk kekal bersama Kesatuan Eropah, EU atau meninggalkannya. Undian dijalankan bermula semalam.

Apa yang menarik rupa-rupanya pungutan suara tersebut bukan sahaja popular di kalangan pengundi dewasa, malah kanak-kanak di tadika turut sama merasai kehangatannya. Para guru di sekolah tadika nampaknya turut menjadikan referendum ini sebagai salah satu pendedahan awal kanak-kanak terhadap kebebasan bersuara.

Tertarik dengan tulisan seorang sahabat di laman sosial yang berkongsi tentang lukisan anak buahnya yang bersekolah tadika di UK. Lukisan tersebut menggambarkan betapa kehangatan referendum 'brexit' turut dibincangkan di peringkat sekolah tadika.


Sahabat itu turut membayangkan kemungkinan jika situasi ini berlaku di Malaysia, tentu guru sekolah tadika tersebut dibuang sekolah, dikecam, disoalsiasat oleh pihak berkuasa dan direman kerana kanak-kanak sekolah tadika di sini elok belajar ABC dan mengenal warna sahaja.

"Di Malaysia pelajar Universiti pun tidak dibenarkan ambil tahu tentang politik..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan