Premis judi sebelah Pejabat Majlis Agama Islam Daerah Jempol

NGO Pemantau Jenayah, MyWatch mendedahkan secara terperinci lokasi sebuah premis judi yang didakwa terletak sebelah Pejabat milik Majlis Agama Islam Daerah Jempol, Negeri Sembilan.

MyWatch mendakwa premis judi tersebut yang terletak di Stesen Bas Bahau iaitu di belakang Petronas Bahau, beroperasi dari jam 8 malam hingga 8 pagi setiap hari.

"Jika anda perhatikan betul-betul, premis judi ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Baitulmal Jempol milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Bayangkan sebuah premis judi terletak bersebelahan dengan premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sungguh ironi bukan?" Tulis NGO itu melalui laman facebook.



Pengerusi MyWatch, Dato' Sri Sanjeevan Ramakrishnan dalam kenyataannya melalui laman facebook mendakwa, pusat judi tersebut dimiliki oleh individu bernama Sunny iaitu Raja Mesin Judi Negeri Sembilan.

Sanjeevan turut mempersoalkan adakah Sunny begitu berani membuka premis judi di lokasi terbabit kerana ada 'tangan ghaib' melindunginya daripada tindakan undang-undang.

Anda boleh baca kenyataan penuh Sanjeevan di laman facebook.

BACA — MyWatch

Kalau premis judi sebelah Pejabat Majlis Agama Islam pun boleh dibiarkan beroperasi, aku tak tahu nak kata apa lagi, ini sudah sampai tahap melampau.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini bukan main sembang macam nak runtuh langit, kononnya dia nak halau keluar dari Negeri Sembilan, mana-mana Ketua Polis Daerah, dan YDP Pihak Berkuasa Tempatan, PBT dalam masa 24 jam jika terdapat premis judi di kawasan mereka.



Tapi nampaknya MB Negeri Sembilan ni jenis sembang tin kosong, sembang cari populariti, sejak dia keluar kenyataan berapi-api tu, sudah berpuluh lokasi premis judi didedahkan di Negeri Sembilan tapi tiada pula Ketua Polis atau YDP PBT kena halau.

"Lu punya sembang, pokok pun boleh tumbang"

1 Comments

  1. Assalamulaikum Admin,

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan