Jamal kongsi video dakwa Resort miliknya diroboh pihak berkuasa

KETUA Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkongsi satu kiriman video dan gambar-gambar dari salah seorang pengikutnya di facebook yang mendakwa kononnya resort milik Jamal dirobohkan oleh pihak berkuasa akibat dendam Menteri Besar Selangor.


Sebelum ini pihak berkuasa Majlis Perbandaran Daerah Sabak Bernam, telah menyita hotel milik Jamal dipercayai kerana beroperasi lebih empat tahun lalu tanpa lesen yang sah. 


Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran dakwaan itu, namun jika akaun facebook milik Jamal sendiri telah berkongsi kiriman yang mendakwa resort miliknya diroboh, ini bermakna Jamal sendiri mengakui berita tersebut.

Aku difahamkan, hotel milik Jamal yang beroperasi tanpa lesen hanya dikenakan tidakan sita, manakala resort miliknya yang terletak di tepi pantai pula dirobohkan kerana dibina atas tanah haram yang bukan miliknya.

Dalam kata lain, resort dan hotel dikenakan tindakan berbeza, satu tindakan kerana tiada lesen, manakala satu lagi kerana dibina atas tanah haram.

Sekali lagi tindakan ini mengesahkan dakwaan Ali Tinju, seteru ketat kepada Jamal yang sebelum ini memberitahu bahawa resort milik musuhnya itu dibina atas tanah haram dan meminta kerajaan negeri Selangor supaya merobohkannya.

Di bawah ini video kenyataan musuh ketat Jamal sebelum ini yang mahu kerajaan negeri merobohkan hotel dan resort milik Jamal yang didakwa dibina atas tanah haram. Sila klik untuk menonton.

2 Comments

  1. Apa sahaja yang keluar dari mulut jamal semua tak boleh pakai.

    Hidung berdarah pun dia nak tipu kata bju kuning tumbuk.

    Pakai tuala nak mandi kat pejabat mb, org tengok je, tapi ratu naga hantar air dia dan pengikutnya layan mcm binatang.

    Datuk siti cakap sikit je, tapi jamal main kotor ckp yg dlm kain.

    Bila org berhimpun dia nak jd polis konon menegakkan undang.

    Bila dia buka hotel tanpa lesen, dan bina hotel atas tanah haram, pihak berkuasa menjalankan tugas sita dan roboh mulalah marah dan putar belit cerita. Kau pun mesti ikut peraturan jugalah jamal.

    Gelaran datuk seri tu tak sesuai untuk jamal, harap tarik balik.

    Kalau nak politik, politik tu letak no 3. Apa bila berdepan dgn musuh politik, pertimbangkan yang no2 iaitu moral iaitu buang semangat politik, pertimbangkan hubungan sesama manusia apa bila berjumpa sesiapa jgn simbah dengan air kumbahan, kalau tak dpt pertimbagkan moral tu, kembalilah pada agama kerana agama menyatukan semua sbb perbezaan politik dan cara hidup Allah tak pandang tetapi agama itu yang Mulia disisi Allah. Kalau politik lebih tebal dari agama Allah, maka huru haralah dunia ini.

    Harap jamal insaf sebelum Allah aibkan dia.

    ReplyDelete
  2. Thanks for posting this information. This case should receive publicity.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan