Menurut pengirim video rakaman itu, ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci tandas ditampar sekuat hati oleh seorang wanita.
Pengirim mendakwa pada awalnya, ibunya melakukan kerja rutin ketika mencuci tandas dengan meletakkan papan tanda berwarna kuning sebagai tanda amaran bahawa tandas sedang dicuci.
Seorang wanita tetap berdegil untuk masuk walaupun ibunya sudah memberitahu bahawa tandas sedang dicuci. Wanita itu terus menggunakan tandas Orang Kelainan Upaya, OKU.
Semasa keluar dari tandas tersebut, wanita itu telah bertindak menendang papan tanda berwarna kuning yang diletakkan sebelum menampar muka ibunya (makcik cleaner) sekuat hati sambil menuduh ibunya telah menyimbah wanita itu.
Di bawah ini video rakaman kejadian tersebut. Sila klik untuk menonton.
4 Comments
tak tahan nak terkuncil tu ... o'ang pompuan mmg gitu ... makcik ni tak mahu kojo berulang kali agaknya, ada makcik saya kenal tak pernah merungut .. katanya keje mcm ni kena byk bersabar dan kena cuci berulang kali.
ReplyDeleteSaman balik perempuan tuh..... duit free beb!!
ReplyDeleteGang gang J.Jamban lah tu kut....
ReplyDeleteKat rnr ni cleaner mmg garang2..kadang tandas ok dia org kata tengah bersihkan..org dh x tahan kut..kut betul disimbah kita x dengar citer akk yg lempang tu pulak
ReplyDeleteAnda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda