Banyak tikus besar berkeliaran dalam wad Hospital Kuala Lumpur

BANYAK tikus-tikus besar berkeliaran dalam wad di Hospital Besar Kuala Lumpur, dakwa Mazua Zulkifli melalui laman facebook miliknya. Beliau turut menyertakan gambar bukti dalam kiriman itu.

Kejadian itu didakwa berlaku di Tingkat 5, Wad nombor 25 Hospital Besar Kuala Lumpur, HKL.


"Agak susah nak ambil gambar tikus tikus ini sebab dia orang (orang? hahaha)  macam tahu-tahu saja ada orang nak intip aktiviti diorang. Sebenarnya yang ni tikus tikus kecil yang besar-besar dan hitam ada banyak tapi pergerakan diorang sangat cepat," tulis Mazua.

Menurut Mazua, banyak tikus-tikus dilihatnya dari hari pertama beliau di Hospital Kuala Lumpur, HKL dan tikus-tikus itu akan keluar sekitar jam 11 malam ke atas, masuk ke dalam tong sampah, serta berkeliaran atas meja dan locker pesakit, untuk mencarai makanan.

Malah dakwanya lagi, ada juga tikus-tikus yang merayap di atas badan pesakit untuk mendapatkan makanan.

Harapan beliau ada pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini demi kesihatan dan keselamatan pesakit.

Hasil aduannya, satu usaha memerangkap tikus-tikus tersebut dengan meletakkan gam perangkap telah dibuat. Hasilnya 3 ekor tikus besar berjaya ditangkap sekitar jam 1:05 pagi.


Namun Mazua berpendapat, tindakan menggunakan gam perangkap ini hanyalah bersifat sementara, beliau berharap pihak pengurusan dapat mencari dan menghapuskan sarang tikus-tikus ini.

Kalau dah sampai ada tikus yang panjat badan pesakit untuk cari makanan nampaknya memang banyak sangat tikus berkeliaran di Hospital Kuala Lumpur.

Pihak berkenaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah ini. Kerana diketahui umum tikus juga mampu membawa penyakit berjangkit kepada manusia.

Jangan sampai nanti pesakit masuk hospital kerana sakit lain, terpaksa diberi rawatan yang lebih serius akibat terkena jangkitan penyakit bawaan tikus-tikus ini pula.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan