Syarikat minyak gergasi Arab Saudi, Aramco dilapor akan membeli sebanyak 50 peratus saham aset-aset dan usahasama terpilih dalam projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor.
Reuters melaporkan, majlis kerjasama menandatangani perjanjian itu secara rasmi disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.
Tun Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, ada pemimpin negara asing datang ke Malaysia, bukan atas dasar persahabatan tetapi kerana sesuatu yang diberikan oleh perdana menteri kepada mereka.
Meskipun tidak menyebut nama pemimpin berkenaan, Tun Mahathir dipercayai merujuk kepada kedatangan Raja Arab Saudi, Raja Salman bersama delegasi 600 anggota yang terdiri daripada kerabat diraja dan jemaah menteri dari negara berkenaan.
"Kita tahu sebab-sebab yang orang asing membuat lawatan ke Malaysia. Saya tak perlu nak sebut di sini, tapi mereka datang bukan kerana persahabatan tapi kerana ada sesuatu yang najib boleh bagi kepada mereka," kata Tun Mahathir dalam ceramah anjuran BERSATU di Sungai Buloh.
"Inilah sebabnya mereka berada di sini," katanya lagi.
2 Comments
Kurang ajo masuk rumah org buat iklan maksiat
ReplyDeleteAssalamualaikum, sekadar nak bertanya... ada sesiapa tak yang bawa surat* derma dari Arab dan tunjuk pada Raja Salman untuk sahkan sama ada surat itu betul atau tidak?
ReplyDelete*surat--> http://www.pru14.tv/wp-content/uploads/2016/03/12524361_10209081101770469_1490326943600249527_n.jpg
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda