Risalah Bible Bahasa Melayu diedar dalam bakul motorsikal di Cheras

MENJELANG Pilihanraya ke 14, isu 3R — Race, Religion and Royal (Bangsa, Agama dan Raja) nampaknya mula dimainkan semula. Modus operandi saling tak tumpah seperti musim pilihanraya umum ke 13 dulu.

Pagi ini tersebar berita katanya ada individu tertentu mengedarkan risalah Bible berbahasa Melayu ke dalam bakul-bakul motorsikal di depan Restoran Kayu Nasi Kandar, di Bandar Tasik Permaisuri Cheras.


Aku tak nampak sebaran ini merupakan satu usaha dakwah orang Kristian terhadap orang Islam, sebaliknya ia lebih kepada usaha untuk mencetuskan kebimbangan sekaligus menimbulkan rasa marah di kalangan orang-orang Islam, terutama orang Melayu terhadap orang Kristian.

Tambah pula kejadian ini berlaku ketika bahang pilihanraya umum ke 14 mulai terasa.

Pada aku taktik lapuk menakut-nakutkan orang Melayu dengan isu agama seperti ini sudah tidak laku lagi di kalangan penduduk bandar seperti di Cheras. 

Namun prokasi ini bukanlah untuk penduduk Melayu di bandar, sebaliknya ia sebagai bahan berita untuk media arus perdana seperti TV1, TV2 dan TV3 bagi menakut-nakutkan orang Melayu di kampung-kampung.

Sama-sama kita lihat, jangan pelik, jangan hairan bila isu ini nanti akan diputar siang dan malam di media-media arus perdana berulang-ulang bagi mencetuskan rasa bimbang orang-orang Melayu di kampung sekaligus membentuk pemikiran mereka supaya terus menyokong parti rasuah dan pemimpin kleptokrasi.


Aku harap rakyat hari ini sudah cerdik, dan tak ada lagi yang tiba-tiba merasa imannya tergugat bila nampak risalah Bible berbahasa Melayu seperti ini.

Tak adanya orang Kristian nak masukkan risalah Bible Bahasa Melayu macam tu kalau betul mereka nak berdakwah. Kerana cara seperti itu hanya akan membuat orang marah dan benci kepada mereka.

Ini semua kerja ejen-ejen provokasi.

"Al-Quran pun kau tak mahu baca, tiba-tiba sibuk nak baca Bible dan takut tergugat iman sebab Bible tu ditulis dalam Bahasa Melayu,"

2 Comments

  1. baca n tengok apa yang ditulis dalam tu n bandingkan ngan Al Quran betul ke atau salah?
    apa nak takut sangat
    tak kan lah boddo snagat
    nak sokong hukum Islam ditegakkan pun tak mau
    ada hati nak heboh pasal cendol ni

    ReplyDelete
  2. Halo, saya Nyonya Christy Morris, pemberi pinjaman pribadi memberikan kesempatan pinjaman seumur hidup. Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk melunasi utang Anda dengan segera atau Anda membutuhkan pinjaman untuk meningkatkan komersial Anda? Apakah Anda telah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Kami memberikan pinjaman kepada individu yang membutuhkan bantuan finansial, yang memiliki utang macet atau butuh uang untuk membayar tagihan, kami memberikan pinjaman dengan bunga rendah 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa kami memberikan bantuan yang dapat dipercaya dan diuntungkan dan akan bersedia menawarkan Anda pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mail di: (christymorrisloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan